OK, kalau orang baca blog aku, orang mesti macam, 'apa masalah kau dengan "co-worker" kau tu?' sebab aku dah tulis beberapa kali pasal dia sebelum ni. Aku bukan tak kesian langsung dekat dia, aku kesian dekat dia sebab dia tak ada life dan dia tak ada kawan tapi dia annoying gila nak mampus. In fact, dia antara orang paling annoying aku pernah jumpa seumur hidup aku. Aku pernah cuba bagi peluang dekat dia tapi aku tak boleh tahan dengan dia. Semua benda yang keluar dari mulut dia buat aku annoyed. Dia bukan setakat buat macam life dia fabulous dan dia ada ramai kawan tapi dia juga delusional.
Ada satu hari tu, tiba - tiba, dia bagi tahu aku dia boleh jadi model. Huh?! Jadi model apa?! Model Peace Collections yang ada saiz sampai XXXL tu?! For your information, muka dia skema, dia pakai spek dan badan dia gempal. Tu pun ada hati nak jadi model? Lepas tu, dia buang tudung, dia dedah rambut dia yang melengkoi tu, dia nak bagi lelaki orang putih tertarik dengan dia walaupun dia buat macam dia feminist, dia memanjang duduk melalak dia tak perlu lelaki, dia tak nak kahwin tapi lepas tu, dia duduk merembes tengok lelaki orang putih. Kau ingat lelaki orang putih nak dekat kau? Kau buatlah apa pun, semua orang lelaki pun tak nak dekat kaulah. Aku tak tahu nak kata apa jadi aku katalah, 'hmm, kau buatlah account Instagram lepas tu kau tengok berapa orang follow kau.' Dia balas dengan nada sinis, 'kau nak kata aku tak eloklah, kan? Hahaha!' Dalam hati aku, 'hmm, tahu pun.'
Ada satu hari tu pula, tiba - tiba, dia bagi tahu aku dia suka tengok orang dress up dekat tempat "kerja" kitaorang. Masalahnya, kitaorang tak pernah jejak kaki dekat tempat "kerja" kitaorang lagi sampai hari ni sejak kitaorang masuk sini sebab pandemic ni jadi kau tahu mana orang dress up dekat sini? Aku katalah, 'aku tak rasa ada orang dress up dekat tempat kerja sebab semua orang sibuk.' Dia balas dengan nada annoying, 'biarlah, aku suka tengok orang dress up, like, wow, the effort, I can never.' Nampak tak betapa delusional nya dia? Dia ingat life ni macam the Devil Wears Prada kot, semua orang dress up dekat tempat kerja.
Dia juga buat macam dia fashion expert. Bila aku bagi opinion pasal fashion, dia selalu disagree dengan aku lepas tu dia bagi opinion dia. Konon - kononnya semua opinion aku salah, opinion dia saja betul. Um, ramai orang, termasuk seorang fashion expert dekat Malaysia ni sendiri pernah puji fashion sense aku. Pernah orang puji fashion sense kau? Tak pernahlahkan sebab kau duduk terperuk dekat rumah, duduk dalam bilik kau yang kepam tu, tengok drama Korea tapi kau buat macam life kau happening, kau selalu keluar dengan kawan - kawan kau yang wujud dalam imagination kau saja tu, pergi tempat - tempat macam Pavilion dan seangkatannya.
Yang lawaknya, dia duduk tiru style aku. Ya, dia duduk disagree aku lepas tu dia duduk tiru aku. Contohnya, aku pakai satu jenama ni, dia pun pakai jenama tu. Aku bukanlah nak kata aku seorang yang pakai jenama tu tapi peliklah sebab sebelum ni, dia tak pakai pun jenama tu tapi bila aku pakai jenama tu, dia pun terus pakai jenama tu dan benda ni bukan jadi sekali saja, dah beberapa kali jadi dan aku perhati saja dia. Yang lagi lawaknya, dia buat macam dia dah lama pakai jenama tu. Dia ingat aku tak perasan ke? Dia silap besarlah cari pasal dengan aku. Aku seorang yang observant. Lepas tu, dia bukan setakat tiru style aku, dia tiru cara aku cakap, lifestyle aku lepas tu dia buat macam dia original, ew, loser sangat.
Kesian, kau dahlah annoying, lepas tu, delusional pula. Memalukan. Teruskan jadi delusional dan perbodoh diri kau. Satu hari nanti, kebodohan kau akan tersuluh dan semua orang akan nampak betapa bodohnya kau. Dari kau tak ada kawan langsung jadi semua orang tak nak kawan dengan kau langsung. Pathetic gila nak mampus. Aku rasa macam nak ketuk kepala dia, bagi dia sedar sikit yang sebenarnya, dia tak ada life dan dia tak ada kawan dan dia annoying dan dia delusional dan muka dia skema dan badan dia gempal dan rambut dia buruk. Sebab tu kau nak compete dengan aku because I'm everything you can and will never be. Sigh, dah loser buat cara loser.