Aku rasa, sesetengah orang suka cari pasal. Mungkin dia tak ada life atau kalau dia ada life pun, life dia miserable jadi dia cari pasal sebab dia suka seksa orang lain, benda tu buat dia rasa better about himself/herself dan dia nak buat life orang lain pun miserable, dia nak lepas kemarahan dia dengan diri dia sendiri dan orang lain dekat orang yang tak buat apa pun dekat dia dan selalu yang jadi mangsa, sales assistant sebab diaorang tahu, banyak kedai mengamalkan policy yang bodoh iaitu the customer's always right jadi diaorang buat apa pun dekat sales assistant tu, sales assistant tu tak boleh buat apa dan ni lah salah satu sebab aku dah serik kerja retail. Kalau betul lah diaorang ni bahagia dengan diri diaorang, hidup diaorang dan ya, aku mengaku, sesetengah sales assistant memang macam dari neraka pun, aku pun pernah kena tapi kenapa diaorang tak avoid situation tu sedangkan diaorang boleh avoid situation tu dan diaorang tahu, contohnyalah, sales assistant dekat kedai Zara biadab (memang betul pun).
Diaorang boleh saja beli dekat online store. Sekarang banyak brand dah ada online store. Aku banyak beli barang dekat online store sebab aku tak perlu deal dengan sales assistant yang biadab. Aku lebih sanggup bayar untuk delivery daripada aku kena hadap sales assistant yang biadab dan tekanan darah aku pun tak naik dan jiwa aku pun tenang tapi orang macam ni, diaorang tak nak. Diaorang nak juga pergi physical store sebab diaorang boleh bergaduh dengan sales assistant. They want a fight. Macam - macam alasan diaorang bagi, 'oh, aku nak tengok dan rasa barang tu,' 'oh, aku prefer beli dekat physical store,' 'oh, aku tak nak bayar untuk delivery.' Kadang - kadang, tak ada masalah pun atau masalah tak besar pun tapi diaorang cari juga masalah atau diaorang perbesar masalah, diaorang nak cari sebab nak bergaduh. Kalau diaorang cari pasal dengan sales assistant yang biadab, tak apalah juga, buku bertemu ruas tapi diaorang pandai, diaorang cari sales assistant yang baik. Sebab tulah, orang yang baik macam mana pun, bila dia kerja retail, dia boleh berubah jadi jahat sebab dia kena deal dengan orang macam ni.
Cerita yang aku selalu dengar, lepas dia pergi pasar, dia pergi kedai designer lepas tu sales associate pandang dia atas bawah sebab dia pakai T-shirt, track bottom dan selipar saja. If you ask me, aku tak percaya cerita ni sebab aku rasa diaorang buat cerita, diaorang nak tunjuk sales associate dekat sini pandang rupa, hence the contrast, pasar dan kedai designer tapi yang aku tak faham, kenapa lepas kau pergi pasar, kau pergi kedai designer terus? Kau tak boleh balik rumah, mandi dan bersiap dulu lepas tu kau baru pergi kedai designer? Kau memang kena pergi kedai designer terus? Kau dah tak boleh tunggu? Kau memang cari pasal lah sebab kau berpeluh, busuk dan serabai lepas tu kau masuk kedai designer. Kau tak payah buat terkejutlah sales associate pandang kau atas bawah sebab kau nampak macam orang gila. Lainlah kalau kau dah bersiap tapi sales associate masih pandang kau atas bawah, sales associate tu memang biadablah. Bagi aku, kita kena dress appropriately according to the place, time and weather and look presentable bila kita keluar.
Ya, kita tak patut pandang rupa dan masa aku kerja sebagai sales assistant dulu pun aku tak pandang rupa, aku layan semua orang sama saja, tak kisahlah kau Melayu ke, bukan Melayu ke, Muslim ke, bukan non-Muslim ke, kaya ke, miskin ke, kurus ke, gemuk ke, putih ke, hitam ke, cantik ke, hodoh ke, pondan ke, pengkid ke (unless orang biadab dengan aku, aku pun biadab balik dengan orang tu) tapi aku rasa, kalau kauorang jadi sales associate pun, kauorang akan pandang rupa because in my experience, jaranglah ada orang tak pandang rupa dan orang yang pakai macam baru balik dari pasar ni selalunya samada tak beli apa atau beli barang murah lepas tu complain macam - macam sebab tu sales associate malas nak layan. Kalau kauorang pernah kerja sebagai sales assistant, kauorang tahulah jadi kauorang tak payahlah buat cerita, ada pak cik pakai T-shirt, kain pelikat dan selipar lepas tu dia pergi kedai designer dan dia spend berpuluh ribu. Semua tu tipu, semua tu tak pernah jadi, tu imagination kauorang saja.
