Aku dah lama nak cerita pasal benda ni tapi entah kenapa, sekarang, aku baru nak cerita pasal benda ni. Dekat taman aku ni, ramai jiran aku acah - acah kaya, jiran sebelah rumah aku, jiran sebelah rumah depan rumah aku, jiran sebelah rumah sebelah rumah depan aku, jiran lorong belakang rumah aku, jiran lorong sebelah rumah aku padahal diaorang biasa saja pun tapi yang paling teruk sekali, jiran depan rumah aku. For your information, aku duduk dekat perumahan kos pertengahan tapi ada jugalah rumah kos rendah.
Aku tak tahulah apa masalah jiran depan rumah aku ni tapi diaorang macam nak compete dengan keluarga aku. Contohnya, abang aku dan mak aku beli kereta baru, diaorang pun nak tunjuk diaorang ada banyak kereta padahal satu taman ni tahu diaorang ada masalah kewangan. Macam mana kitaorang tahu? Sebab dah beberapa kali diaorang kena saman sebab tak bayar cukai pintu, bil air dan bil elektrik, hahaha. OK, tak baik dekat gelak dekat orang dan minta simpanglah daripada benda yang sama jadi dekat kita.
Tapi masalahnya, diaorang acah - acah kaya dan aku benci gila orang acah - acah kaya. Kalau kau betul - betul kaya, tak apalah juga tapi kau miskin. Tak ada apa yang memalukanlah nak hidup mengikut kemampuan kau. Kalau orang pandang rendah dekat kau pun, biarlah, bukan ada kesan apa pun, bukan tiba - tiba kau jadi lagi miskin ke apa, kau buat tak tahu sajalah tapi tak, diaorang nak acah - acah kaya juga. Setiap malam, pergi keluar berjimba, balik lewat malam lepas tu nak dekat tengahari baru bangun.
Dahlah tu, selalu balik, mabuk. Dah tahu ada masalah kewangan, kenapa duduk keluar, minum, hisap rokok/vape lagi? Kenapa tak simpan duit? Nampak sangatlah diaorang bodoh. Diaorang lebih kisah pasal perception orang pasal diaorang daripada menyelesaikan masalah diaorang. Lepas tu, duduk bergaduh sampai satu taman boleh dengar. Also, diaorang ada anak tapi diaorang suruh mak diaorang jaga. Aku kesian dekat mak diaorang sebab mak diaorang dah tua tapi kena masak, siram pokok dan basuh kain.
Petang - petang, diaorang akan bagi anak diaorang naik kereta kecil yang boleh bergerak guna remote control tu, nak tunjuk diaorang kaya dan bahagia, hahaha. Kauorang tetap nampak miskin, tak bahagia dan bodoh. Dahlah tu, rempit pula. Balik rumah saja, kena honk. Kenapa tak bawa kunci? Lepas tu, tak boleh call ke? Sigh, bodoh - bodoh. Yang paling bodohnya, bila aku buka lampu dekat luar rumah aku waktu malam, diaorang akan lepak dekat rumah aku, duduk tumpang lampu rumah aku. Bila aku tutup, pakat lari masuk dalam rumah.
For your information, mak aku cerita, diaorang ni SPM pun tak ada. Patutlah bodoh sangat. Tulah, education tu penting. Dia bukan setakat pasal academic tapi cara kau fikir. Sebab tu mak aku pentingkan education kitaorang. Dia pastikan kitaorang semua ada sekurang - kurangnya degree. Aku tak kata degree tu segala - galanya atau kalau kau ada degree, kau dah pandai sebab ada saja orang yang ada degree tapi bodoh atau degree jamin kau ada kerja tapi bagi aku, bila kau buat degree, kau boleh tengok dunia luar, jumpa macam - macam orang.