OK, aku nak kena tidur awal malam ni sebab esok aku kena kerja dari sembilan pagi sampai tujuh malam. Nasib baiklah aku boleh tidur dari dua belas tengahari sampai tiga petang. So, malam ni, aku nak cakap pasal empat benda.
First of all, kasut Versace tu. Aku tak tahu kenapa tapi sepanjang hari ni, aku asyik terfikir pasal kasut tu dan benda ni buat aku teruja sebab aku ada something to look forward to. Mungkin ni salah satu coping mechanism aku, nak cope dengan stress. Aku tak tahulah kalau benda ni sihat ke tak, aku rasa macam tak, hahaha but it does what it does albeit it only lasts a short time. Aku harap sangat saiz yang aku nak ada stok lagi masa harga dia turun nanti, samada bulan Jun atau bulan Disember. Dia akan jadi kasut dan barang pereka pertama aku.
Second of all, Shorty. Aku tak pasti aku pernah cerita ke tak pasal Shorty sebelum ni tapi aku panggil dia Shorty sebab dia pendek (bukan bodyshame ya, aku pun pendek). Aku tak pasti apa hubungan kitaorang tapi aku cuma tertarik dengan dia sebab nafsu. Kalau ikutkan rupa, dia tak ada rupa pun (aku stalk dia dekat Facebook semalam dan aku baru sedar betapa buruknya dia) tapi dia pandai mengayat dan orang senang mengayat aku. Bulan lepas, dia ada mesej aku. Aku pun tak tahu apa motif dia tiba - tiba mesej aku, dulu dia kata dia dah tak nak cakap dengan aku, jadi, dia saja nak tease akulah kot. Aku pun balaslah lepas tu sampai sekarang dia tak balas balik. Aku rasa dia suka dekat aku tapi dia tak nak mengaku, jual mahal.
Third of all, Brad. Aku panggil dia Brad sebab dia kerja dekat satu kedai roti ni (bread). Aku tak pernahlah sembang dengan dia tapi aku pernahlah terserempak dengan dia bila aku pergi kedai roti tu dulu. Yang buat aku tertarik dengan dia sebab dia elok, putih dan sasa dan rupa - rupanya, bukan aku seorang saja yang tertarik dengan dia, "kawan" aku pun tertarik dengan dia tapi "kawan" aku lagi laju, "kawan" aku terus minta nombor dia. Tak lama lepas tu, aku dapat tahu diaorang dah pergi dating. Aku geram jugalah sebab aku rasa macam "kawan" aku dah rampas dia walaupun dia bukan milik aku pun. Tak lama lepas tu, aku dapat tahu diaorang dah break up dan adalah seorang "kawan" aku ni bagi tahu aku, "kawan" aku tu break up dengan dia sebab dia bagi tahu "kawan" aku tu, dia dah tak virgin.
Honestly, aku tak rasa kesian "kawan" aku tu tapi aku rasa kesian dekat Brad. Bagi aku, sekurang - kurangnya dia jujur. Dia tak adalah bagi tahu kau lepas kauorang dah berkahwin atau tak bagi tahu langsung lepas tu kau dapat tahu sendiri atau kau tak tahu sampai kau mati. Dan bukan senang nak bagi tahu orang benda macam tu. Dan dia mesti terasa bila dia bagi tahu orang, orang reject dia. Ya, "kawan" aku tu ada pilihan tapi jangan merungutlah kau single sebab Allah dah bagi orang yang elok dekat kau tapi kau yang memilih pula, macamlah kau suci sangat. Aku menyampah dengan orang macam ni. Semua orang ada zaman silam masing - masing. Kita tak tahu kenapa dia tak virgin.
Fourth of all, lelaki yang aku terserempak dekat IKEA tiga tahun lepas tu. Aku panggil dia Nasriq sebab dia mengingatkan aku pasal Nasrul. Baru - baru ni, aku asyik terfikir pasal dia. Ya, aku memang tengah lonely sekarang. Aku tak pernah jumpa orang yang pandang aku macam dia pandang aku. Cara dia pandang aku macam aku orang paling elok dia pernah jumpa dan pandangan dia tu buat aku rasa disayangi. Dah tu, dia elok, putih, sasa dan tinggi pula. Kalau boleh, aku nak jumpa dia. Aku nak berkenalan dengan dia. Aku nak tahu, siapa nama dia, umur dia berapa, adakah dia ada perasaan dekat aku, hidup dia macam mana. Aku sampai berdoa dekat Allah, bagi aku jumpa dia. Aku menyesal sangat tak minta nombor dia tapi tulah, macam mana aku nak minta? Kitaorang dua - dua datang dengan keluarga kitaorang.
Aku tak tahulah kalau dia baik tapi aku nak percaya dia baik. Aku berdoa dekat Allah, kalau dia baik, pertemulah kitaorang tapi kalau kitaorang tak baik for each other, lindungilah kitaorang from each other. Kadang - kadang, aku berangan dia kerja dekat tempat kerja aku dan aku terserempak dengan dia. Lepas tu, kitaorang jadi kawan dan kitaorang buat macam - macam benda sekali. Kitaorang lepak sekali, kitaorang naik basikal sama - sama, kitaorang pergi berjalan - jalan. Ya, aku tahu, I'm getting ahead of myself tapi aku nak sangat jumpa dia.
Tak apalah kalau aku tak dapat jumpa dia. Mungkin kitaorang tak ada jodoh tapi sekurang - kurangnya, aku pernah jumpa dia jadi aku tahu pasal kewujudan dia. Mungkin aku takkan jumpa dia dekat dunia ni tapi aku akan jumpa dia dekat alam seberang sana. Aku berdoa dekat Allah untuk bagi kekuatan dekat dia, bimbing dia ke jalan yang benar, lindung dia daripada orang jahat, selamatkan dia dan tolong dia. Aku harap dia OK. Aku tertanya kalau dia masih ingat aku.