04 April 2022

Jamie

    OK, sebenarnya, aku dah nak kena mandi dan tidur sebab esok, aku nak kena bangun awal untuk sahur lepas tu aku ada kerja tapi tadi masa aku keluar nak ambil udara malam, aku terfikir pasal someone ni.

    Masa aku kerja dekat satu tempat ni dulu, ada seorang co-worker ni. Aku panggil dia Jamie sebab muka dia macam Jamie Dornan. Tak adalah sebiji tapi adalah iras. Ramailah orang suka dekat dia sebab dia bukan setakat elok, dia juga putih dan tinggi. Dia masuk beberapa bulan lepas aku masuk dan dia ditugaskan dekat department aku jadi aku kena ajar dia. Mula - mula, aku ingat dia ni jahat sebab dia ada rupa bad boy tapi rupa - rupanya, dia baik. Dia solat, dia sopan, dia tak hisap rokok, dia anak yang baik (dia jaga mak dia sebab ayah dia dah meninggal) dan dia abang yang baik (dia ada tiga adik).

    Surprisingly, kitaorang get along. Contohnya, aku minat pop culture, dia pun minat benda yang sama jadi kitaorang jadi rapat sebab kitaorang saling memahami (aku payah nak get along dengan co-worker aku yang lain sebab diaorang kampung dan rempit jadi diaorang tak minat pop culture). Aku tak pernah ada hati dekat dia sebab aku anggap dia macam abang aku (dia lebih tua daripada aku dan dia ambil berat pasal aku) dan dia pun dah ada girlfriend. Adalah seorang co-worker kitaorang ni, Wawa duduk mengorat dia walaupun semua orang tahu dia dah berpunya tapi dia tak layan pun, kuikuikui.

    Anyway, ada satu hari tu, dia minta duit dekat aku sebab masa tu, dia masih dalam probation jadi dia takkan dapat gaji sepenuhnya. Sebab aku anggap dia kawan, aku pun bagilah dekat dia RM250. Sebulan lepas tu, dia minta lagi. Kali ni, dia minta RM300 pula. Dia kata dekat aku, 'dah alang - alang kau nak bagi RM250, kau bundar bagi jadi RM300.' Masa tu, aku tak fikir apa, aku bagi saja. Tak lama lepas tu, dia berhenti kerja. Aku sedihlah sebab dia the only person yang aku anggap kawan dekat situ. Dia ada jumpa aku. Mata dia berair. Dia tanya aku, 'kau OK ke?' Lepas tu, dia suruh aku jaga diri.

    Lepas dia berhenti kerja, kitaorang masih keep in touch. Aku pernahlah jumpa dia dekat wedding co-worker kitaorang. Tak lama lepas tu, aku pun berhenti kerja dan masa tu, aku tak ada duit langsung jadi aku minta dia bayar balik RM550. Mula - mula, dia macam tak nak layan aku. Lepas tu, dia tanya aku, 'eh, aku hutang banyak tu ke dengan kau? Bukan aku dah bayar ke?' Bila dia cakap macam tu, aku berasaplah. Masa kau minta dulu, kau laju saja minta tapi bila aku minta balik, kau balas lambat - lambat macam haram. Aku balas, 'ya dan aku nak balik duit aku.' Guess what? Dia block aku.

    Bila dia block aku, aku evaluate balik friendship kitaorang. Adakah selama ni dia buat baik dengan aku, dia betul - betul maksudkan atau pun dia perguna aku? Aku pun tak tahulah tapi yang aku tahu, dia dah ambil duit aku dan aku takkan halalkan sampai bila - bila. Banyak kot. Dengan duit tu, aku dah boleh beli kasut Converse x Miley Cyrus tu. Amboi, dekat Instagram, duduk acah - acah macam orang kaya, duduk pergi shopping sana - sana. Rupa - rupanya, guna duit orang. Also, dia dah berkahwin dengan girlfriend dia tu. Ada pula duit nak berkahwin. Guna duit orang juga ke? Hahaha!

    Aku rasalah, bukan aku seorang saja mangsa dia. Ada ramai lagi orang yang dia dah perguna dengan rupa dia. Lepas tu, dia bukan anak orang kaya tapi dia nak acah - acah macam dia orang kaya. Berhati - hatilah dengan individu bernama H**** M******* ni. Adik dia kerja dekat situ juga tapi lepas kitaorang berhenti. Aku tak tahulah kalau adik dia pun macam dia atau adik dia tak tahu pasal activity dia duduk ambil duit orang tapi adik dia baik saja jadi aku tak nak libatkan adik dia. Kali terakhir aku stalk dia, aku tengok dia jual keropok lekor. Ha, dah jual keropok lekor tu, bayar balik RM550 aku!

    Aku pernah terserempak dengan mak dia dan mak dia jeling dekat aku. Aku macam nak kata dekat mak dia, 'mak cik tahu tak, anak mak cik hutang dengan saya, jadi mak cik tak payah jeling dekat saya.' Dear Jamie, selagi kau tak bayar balik, aku harap jiwa kau tak tenang. Berulat perut kau makan duit orang. Kau tak nak bayar dekat dunia ni, kau bayarlah dekat akhirat nanti. Tak guna punya orang. Muka tak tahu malu.

PS Aku baru stalk dia dan sekarang dia kerja sebagai agent insurance pula. Sesuailah, duduk menipu orang dengan rupa kau. Kau kena ingat, rupa kau tu takkan bertahan selama - lamanya. Ramai orang elok tapi sebab jahat, lama - lama jadi tak elok. Contohnya Dewi Sukarno. Yang lawaknya, dia tak letak tempat kerja kitaorang dulu. Dia letak tempat lain. Kau ni memang penipu, eh? Muka saja elok tapi ee, penipu.