Hari ni, aku tak ada kerja jadi siang tadi, aku basuh kain dan tidur sajalah. Masa aku bangun, entah kenapa aku rasa macam nak check jacket Zara tu dah ada orang return ke belum and guess what? Size yang aku nak dah back in stock! Yang peliknya, aku tak dapat email apa pun walaupun aku dah subscribe untuk notification. Anyway, aku pun tunggu apa lagi, masa tu juga aku terus order walaupun aku baru bangun. Mata aku yang baru nak celik terus jadi cergas. Bila aku nak bayar, dia kata, payment failed. Aku macam, apa pula? Aku cuba bayar sekali lagi dan dia tetap kata, payment failed. Bila aku check balik, size yang aku nak tu dah out of stock!
Siapa yang rampas jacket tu daripada aku?! Aku tengah nak bayarlah! Allah saja tahu betapa remuknya hati aku masa tu. Aku dah rasa macam aku tak ada jodoh dengan jacket tu jadi aku teruskan hidup aku macam biasa. Aku bangun, aku mandi, aku solat dan aku makan sambil tengok Real Housewives of Orange County. Aku benci gila Gina. Dia layan Noella macam sampah. Aku tak suka Noella juga tapi bagi aku, Noella harmless sebab dia tak cerdik. Anyway, tiba - tiba, aku dapat email bagi tahu aku size yang aku nak tu dah back in stock balik. Aku pun tunggu apa lagi, masa tu juga aku terus order dan alhamdulillah, kali ni, dia tak kata, payment failed.
Aku takut aku akan dapat email bagi tahu aku yang order aku kena decline ke apa jadi selagi aku tak dapat jacket tu, aku takkan senang duduk.
Anyway, beberapa hari lepas, aku terfikir nak guna service seorang personal shopper ni. Aku pernah guna service dia dua kali dan kali pertama aku guna service dia, dia friendly tapi kali kedua aku guna service dia, dia kerek gila, balas macam haram dan sebab tu aku dah tak guna service dia lepas tu. Aku rasa dia jadi macam tu sebab masa kali pertama aku guna service dia, client dia orang biasa saja jadi dia pun cuma shop dekat Uniqlo, H&M, Pull&Bear dan Zara tapi masa kali kedua aku guna service dia, client dia orang kaya jadi dia shop dekat Tory Burch, Chanel dan Louis Vuitton. Sekarang aku tengok dia shop dekat Uniqlo, H&M, Pull&Bear dan Zara balik. Orang kaya dah tak guna service dialah kot, hahaha!
Tulah, kau kerek sangat. Kau dah lupa, orang biasa yang duduk guna service kau, duduk support business kau selama ni. Lepas tu, bila ada orang kaya guna service kau, kau terus lupa diri. Macamlah aku tak tahu, kau duduk dekat PPRT sebab aku tengok alamat kau dekat parcel. Entah - entah, bila kau beli Tory Burch, Chanel dan Louis Vuitton, kau acah - acah macam tu barang kau. Sedarlah diri. Pakaian kau pun macam badut. Nasib baiklah aku tak jadi guna service kau. Dahlah service kau lebih mahal daripada shipping Zara. Baik aku order dekat Zara terus daripada order dekat kau.
Anyway, beberapa hari lepas, aku ada contact customer service Zara. Aku contact melalui live chat. Tak ada siapa layan aku. Lima belas minit kemudian, baru ada orang layan. Tu pun, macam nak tak nak layan. Aku tak tahu Melayu ke apa tapi yang aku tahu lelaki sebab nama Adam. Dia minta nama aku dan aku bagi nama palsu sebab aku tak nak dia tahu siapa aku. Aku tak tanya apa lagi, dia terus kata, kalau tak ada size, subscribe untuk notification. Aku cakaplah aku nak tanya pasal stock dekat kedai. Dia terus kata, check dekat website diaorang. Aku bagi tahulah, aku dah cuba tapi tak boleh. Dia terus kata, then, tak adalah. Biadab gila. Aku macam, oh, bukan sebab glitch ke apalah? Dia terus kata, nope. Aku terus end the conversation. Tak ada masa dan tenaga nak layan orang yang tak ada adab.
Sebelum ni, aku dah pernah kena dengan customer service Zara. Aku kena dengan seorang perempuan ni nama Josephine. Aku tanya baik - baik tapi dia buat kerek, balas macam haram. Lepas tu, dia end the conversation sendiri. Biadab gila. Eleh, setakat kerja dekat Zara, tak payah acah - acah macam kauorang kerja dekat headquarter Zara dekat Spain lah. Amancio Ortega pun tak kenal kauoranglah. Kauorang cuma hamba abdi dan kuli batak dia. Kalau kauorang mati ke, quit ke, dia takkan tahu dan kisah pun dan akan ada orang lain terus ganti kauorang sebab kauorang nobody.
Tu tak termasuk sales assistant dekat kedai Zara lagi. Kerek gila. Tak pandang orang langsung. Kalau pandang pun, pandang hina. Lepas tu, duduk buat sibuk sampai tak boleh layan customer langsung. Let me tell you something, bitches. Aku pun pernah kerja retail jadi aku tahulah. Kerja retail bukan glamourous pun. Kau kena angkat kotak sampai berpeluh - peluh, kira stock, dari pagi sampai malam, enam hari seminggu. Lepas tu, kebanyakan yang kerja retail ni selalunya kampung, miskin, rempit dan tak ada education. Jadi, kauorang buatlah kerek tapi aku tahu siapa kauorang.
Also, sekarang banyak brand dah tutup kedai, jual dekat Internet saja jadi aku takkan terkejut kalau satu hari nanti, semua kedai Zara dekat Malaysia kena tutup lepas tu kauorang kena buang kerja, hahaha! Kerja kauorang bukan milik kauorang tapi milik Allah dan Dia boleh tarik balik bila - bila saja jadi sedarlah diri, tak payah kerek. Anyway, aku dah takkan contact customer service Zara lagi lepas ni, spoil mood saja, tak membantu langsung. Lebih baik aku buat semua sendiri. Kalau ada, tu rezeki aku. Kalau tak ada, tak apalah, tak mati pun.