Bukan thots ya, hahaha! Get it?
So, malam ni, aku ada beberapa benda nak cakap.
First of all, pagi tadi, aku terlupa aku ada appointment untuk braces aku hari ni. Sebenarnya, beberapa hari lepas, aku memang dah duduk terfikir pasal appointment tu tapi entah kenapa, hari ni, aku terlupa. Aku pun terus telefon clinic tu dan appointment aku jadi minggu depan. Yang peliknya, sebelum ni, kalau wire atau bracket aku tercabut, appointment aku jadi esok terus. Aku rasa macam doctor tu saja nak perlahankan treatment aku supaya treatment aku habis tetap - tepat lapan belas bulan sebab selalunya, dia akan telefon aku, tanya aku boleh datang ke tak tapi hari ni dia tak telefon pun. Kalau betul lah perasaan aku aku, tahi lah, dahlah ada kemungkinan aku kena masuk "office" bulan sepuluh ni lepas tu aku nak kena ulang - alik. Bukan dekat office aku dengan hometown aku, nak dekat lima ratus kilometer kot.
Second of all, siang tadi, abang aku belanja aku manicure. Orang kata rezeki jangan ditolak jadi aku pun ikutlah dia keluar. Kalau tak ada orang belanja aku, memang tak adalah aku saja - saja nak buat manicure. Mak aku dan abang keempat aku pun ikut sekali. Sekarang kuku aku dah glossy.
Third of all, aku masih terkesan dengan apa yang terjadi malam tadi. Aku buka Skype lepas tu aku perasan Nick tengah online tapi dia tak balas pun mesej aku. Aku tak tahu aku pernah cerita ke tak pasal dia sebelum ni but briefly, aku jumpa Nick tahun lepas. Dia yang tegur aku dan dia yang nak berkenalan dengan aku. Aku tak naklah jadi memilih sangat dan rupa dia pun not bad, dia berisilah sikit dan dia insecure dengan badan dia tapi aku tak kisah pun, in fact, aku suka orang berisi sikit jadi aku pun layan sajalah. Kali pertama kitaorang sembang, kitaorang dah terus click. Kitaorang ada banyak persamaan. Dia pun terkejut. Lepas tu, dia nak keep in touch dengan aku, dia bagi username Skype dia.
Aku pun add lah dia tapi dia tak approve. Ni red flag yang pertama. Aku ingat dia dah ubah fikiran jadi aku pun dah nak move on lah tapi lepas tu, dia baru approve. Awal - awal lagi, dia dah bagi tahu aku dia ada hati dekat aku. Aku pun ada perasaan dekat dia tapi aku nak take it slow sebab aku percaya, kalau hubungan kau develop cepat sangat, nanti hubungan kau pun cepat terputus. Aku tak tahulah kalau benda tu buat dia terasa ke apa tapi kitaorang sembang OK sajalah. Lama - lama, aku mula perasan macam dia tak nak layan aku. Ni red flag yang kedua. Aku minta maaf dekat dia kalau aku ada buat salah dekat dia tapi dia kata, 'eh, tak adalah, aku yang sibuk.'
Ada satu malam tu, aku mesej dia dan dia read tapi dia tak balas langsung sampai sekarang. Aku pun tak tahulah apa yang terjadi. Mungkin dia rasa dia dah tak click dengan aku dan dia hilang minat dekat aku dan dia jumpa orang lain yang click dengan dia. Oh ya, dia juga baru break up jadi mungkin dia tak bersedia lagi. Aku sedihlah sebab aku rasa kitaorang memang ada potential tapi dia dah tak nak dekat aku, takkan aku nak paksa juga kot. Aku patut delete dia tapi entah kenapa, aku tak boleh. Aku masih mengharap dia akan balas satu hari nanti tapi aku tak adalah duduk tunggu dia balas.
Fourth of all, speaking of Nick, aku teringat seorang lelaki ni, Velican. Aku jumpa dia tahun lepas juga. Aku ingat dia takkan tegur aku sebab dia hot kot tapi dia tegur aku. Dia macam teruja nak berkenalan dengan aku. Kitaorang sembang dan kitaorang click. Dia nak keep in touch dengan aku dan dia ada bagi username dia tapi aku lupa nak tanya dia pakai app atau social media apa. Aku cari dekat Facebook, Instagram, Telegram, Twitter, Snapchat dan Skype tapi aku tak jumpa pun. Mungkin dia tersalah bagi username, aku pun tak tahulah. Dengan dia ni pun aku rasa kitaorang ada potential jadi aku sedihlah kitaorang tak dapat keep in touch.
Fifth of all, bila aku duduk cakap pasal ni, aku teringat masa aku dekat universiti dulu, ada beberapa orang jugalah yang macam nak berkenalan dengan aku (sebab tu ramai orang tak puas hati dengan aku) tapi masa tu, aku sangat insecure dan aku tak pandai buat kawan. Aku ingat lagi, ada seorang lelaki ni, dia selalu tegur aku tapi aku jadi kaku. Ada seorang lelaki ni pula, nak ambil aku jadi adik angkat dia. OK, ni cerita lain but to cut long story short, walaupun aku masih muda masa tu, I wasn't stupid and I knew what adik angkat means so I declined. Kalau ada orang nak ambil orang macam sepupu aku yang bapuk gersang tu jadi adik angkat, dia mesti laju saja accept tapi mana ada orang nak ambil dia jadi adik angkat sebab dia berkerak, hahaha!
Anyway, aku tak tahulah kalau masih ada orang nak berkenalan dengan aku sekarang sebab aku dah makin gemuk dan tua. Kali terakhir aku keluar lepas tu ada orang macam nak berkenalan dengan aku lelaki dekat IKEA tulah kot. Ya, aku dah lama tak keluar sejak lockdown bulan tiga 2020 tu. Maksud aku, bukanlah aku tak keluar langsung, gila kau, aku keluar jugalah tapi most of the time bila aku keluar, aku tak keluar lama, aku buat apa yang aku perlu buat lepas tu aku balik. Kalau dulu, aku akan pergi jalan - jalan, lepak tapi sekarang, aku banyak terperuk dekat rumah saja.
OK lah, mata aku dah pedih. Goodnight.