29 April 2022

Tak Dihargai

    Semalam, ada seorang batchmate foundation course aku ni contact aku. Aku pun layan sajalah walaupun aku kena tidur awal sebab aku nak kena bangun awal dan aku nak kena kerja dari pukul sembilan pagi sampai tujuh malam. For your information, walaupun kitaorang tak satu kelas tapi kitaorang satu geng jadi kitaorang selalu lepak sekali. Dalam geng kitaorang, dia ni lah paling lawak dan bila dia buat lawak saja, semua orang akan gelak tapi aku tak boleh jadi rapat dengan dia sebab dia pernah buat benda yang buat aku rasa sangsi pasal dia.

    Aku pernahlah pinjam earphones dia dan aku tak sempat nak pakai lagi, dia dah minta balik. Aku ingat lagi, dia kata, 'nanti rosak.' Excuse me? Earphones Sony saja pun, bukan Skullcandy ke, Beats by Dr Dre ke. For your information, walaupun dia ni orang kampung tapi dia anak orang senang. Aku pernah pergi rumah dia dan rumah dia besar. Rumah dia ada lima bilik tidur, dua ruang tamu, dua ruang makan, dua dapur dan dua padang tapi bagi aku, tu harta mak bapa dia, bukan dia punya jadi dia tak payah menyombonglah.

    Lepas foundation course, dia tak dapat buat degree sebab dia tak lepas jadi dia kena mula balik dari diploma dan sekarang dia jadi tutor. Walaupun gaji dia tak banyak tapi dia duduk dekat rumah mak bapa dia jadi dia tak perlu bayar sewa, bil dan makan minum dan dia boleh simpan duit dan dia berlagaklah dia ada banyak duit tapi walaupun dia ada banyak duit, dia masih kedekut. Kitaorang pernah makan dekat rumah dia, dia minta kitaorang bayar seorang RM20. Aku tak makan banyak pun. Lepas tu, dia baru teringat sebenarnya kitaorang kena bayar seorang RM20.20 jadi dia minta kitaorang bayar seorang 20 sen lagi. Aku rasa macam kena scammed dengan "kawan" sendiri.

    Lepas tu, dia ni pendek, hitam, buncit dan tak ada rupa tapi dia nak orang elok. Dia selalu cerita macam dia rapat dengan geng popular dan hot stuff masa foundation course dulu tapi kalau betul lah kau rapat dengan diaorang, kenapa diaorang kahwin, diaorang tak ajak kau? Hahaha! Nampak sangatlah kau yang perasan. Lepas tu, dia ada cerita dia tengah bercinta dengan seorang batchmate kitaorang ni tapi sebenarnya, batchmate kitaorang tu tak berminat pun dengan dia, dia yang perasan. Loser kan? Tu pun dia pandang rendah dekat aku sebab aku tak popular dulu. Walaupun aku tak popular dulu tapi sekurang - kurangnya, aku tak macam kau, tikus.

    Anyway, semalam, dia cerita dekat aku pasal batchmate kitaorang tu lagi. Aku dengar sajalah. Yang lawaknya, dia selalu cerita macam dia popular, dia ada ramai kawan, ramai orang nak berkawan dengan dia tapi lepas tu, dia cari aku. Dia tak cari pula orang lain sebab dia pun tahu orang lain takkan layan dia, aku seorang saja yang akan layan dia. Yang buat aku geram, lepas dia dah puas cerita dekat aku, dia kata macam - macam dekat aku. Dia kata aku loser sebab aku single lah, dia kata aku tak normal lah, dia kata aku bermasalah lah. Hei, setan, kalau aku ni loser lah, apalah, kenapa kau cerita dekat aku? Kenapa kau tak cerita dekat kawan - kawan kau yang popular dan hot stuff tu?

    Kau yang loser dan bermasalah. Dahlah kau macam toyol lepas tu kau kata dekat aku. Kau pergi tengok cermin. Aku jamin kau tak boleh tengok lama - lama sebab kau sendiri tak boleh tengok reflection kau. Kau insecure, kau simpan insecurity tu dekat diri kau seorang, kau tak perlu heret aku pula, monyet. Aku dah cukup baik, dengar cerita kau yang kau dah ulang entah berapa banyak kali lepas tu kau hentam aku. Kau ni macam kera diberi bunga. Dasar tak bersyukur. Patutlah batchmate kita tu tak nak dekat kau sebab kau bukan setakat kedekut dan hodoh tapi kau juga jahat. Mulut kau macam longkang.

    Umur kita dah nak dekat 30, kita bukan macam masa kita buat foundation course dulu, duduk menganjing, perli - memerli, hina - menghina jadi cakaplah baik - baik. Tak rugi pun. Ni dah besar tua tapi perangai macam budak sekolah. Sorry not sorry, aku tak ada masa dan tenaga untuk sampah macam kau. Kalau betul lah kau kaya, kenapa kau tak ada sense of style? Aku harap kau dapat balasan untuk apa kau buat dekat aku. Lepas ni, kalau kau cari aku lagi, jangan haraplah aku akan layan kau. Oh and by the way, aku dah delete number kau.