02 August 2022

Bebelan

    Masa sale SSENSE, setiap hari Isnin, harga barang akan turun. Aku ingat harga kasut hitam tu akan turun juga tapi tak turun pun. Nampaknya aku memang kena tunggu sampai autumn/winter sale jugalah dan kiranya ada orang lain jugalah duduk perhati kasut tu sebab kalau tak, harga kasut tu mesti dah turun. Dahlah saiz aku untuk kasut tu tinggal sepasang saja lagi. Sigh. Aku takut by time autumn/winter sale mula nanti, saiz aku untuk kasut tu dah tak ada stok. Kalau aku dah duit, aku dah lama beli kasut tu, tak ada nak tunggu, penat kot. Allah saja tahu betapa penatnya aku duduk tunggu harga kasut tu turun. Kalau ada orang baca blog ni, orang pun mesti penat sebab aku asyik cakap pasal kasut tu saja. Dengan mak aku pun, aku asyik cakap pasal kasut tu saja dan mak aku mesti penat. The thing is, aku asyik fikir pasal kasut tu saja.

    What makes it worse, kasut tu dah tak ada dekat Farfetch. Aku pun tak tahu kenapa. Adakah diaorang simpan kasut tu buat sementara waktu for some reason? Adakah diaorang akan display balik kasut tu? Dulu, satu - satunya harapan aku nak beli kasut warna ungu tu dekat Farfetch tapi sekarang dah tak ada harapanlah. Kalau aku nak beli kasut warna hitam tu pula, aku ada dua option. Option pertama, aku beli dekat SSENSE dan aku prefer option ni sebab kasut tu duduk dekat bahagian gender aku and for some reason benda tu buat aku prefer option ni. Option kedua, aku beli dekat official website Versace tapi aku tak prefer option ni sebab kasut tu duduk dekat bahagian opposite gender aku and for some reason benda tu buat aku tak prefer option ni. Dulu, aku ada option untuk beli dekat Farfetch tapi sekarang option tu dah tak viable lah.

    Kalau boleh, aku tak nak beli barang return sebab satu, aku ada pengalaman yang kurang memuaskan dengan barang return dan dua, yalah, aku bayar beribu, aku beli bekas orang dah pakai? Yes, I know, this is petty tapi kalau boleh, aku naklah tak ada orang pernah sentuh barang tu, aku nak aku orang yang pertama sentuh barang tu tapi kalau tak ada option lain, aku terpaksalah beli barang return. Aku sedihlah sebab aku ingat by this time, aku dah dapat kasut tu. Aku ingat aku kena tunggu enam bulan saja tapi nampaknya aku kena tunggu dua belas bulan dan nampaknya aku kena ambil lesen memandu, pindah (yes, ada kemungkinan besar aku kena pindah ke KL sebab aku dah tak boleh work from home sesi lepas ni) dan lalui sesi lepas ni dulu baru mungkin aku dapat kasut tu. Speaking of which, aku takut juga nak pindah sebab aku rasa macam aku keseorangan sangat.

    OK lah, aku dah nak tidur. Goodnight.