19 August 2022

A Blessing Through Disguise

    Tadi, masa aku tengah berjalan dalam kawasan rumah aku, ambil udara malam, aku rasa tak pasti. Aku tak pasti macam nak describe perasaan ni tapi senang cakap, aku tak pasti aku buat keputusan yang betul ke tak and yes, I'm talking about the purple boots. Actually, aku rasa macam tu sejak siang tadi lagi, aku rasa aku tak patut beli kasut warna ungu tu dan aku patut beli kasut warna hitam tu tapi aku cuba yakinkan diri aku yang aku akan suka kasut tu bila kasut tu sampai.

    Kebetulan pula, pukul 12 tadi, aku kena buat permohonan untuk satu benda ni so masa aku tengah tunggu tu, tiba - tiba, aku dapat email daripada SSENSE. Aku ternampak sikit content email tu dan aku dah rasa tak sedap hati. Kalau diaorang dah shipped kasut tu, diaorang mesti tulis your order has been shipped tapi ni lain. Aku buka email tu dan aku tak boleh percaya apa yang aku baca sampai aku kena baca sekali lagi.

    Kasut tu dah damaged. Toecap dia dah kemik dan bukan kemik sikit ya, kemik banyak, kiranya orang yang return tu dah pakai kasut. Lepas tu, tapak dia kotor gila, memang sah orang yang return tu dah pakai kasut tu. Anak haram sungguh, kau dah puas pakai kasut tu lepas tu kau dah bosan dengan kasut tu, kau return kasut tu balik, kau dapat duit kau balik dan kau expect orang lain bayar beribu, pakai bekas kau. Pengotor gila, aku harap kau masuk neraka.

    SSENSE pun sama, patutnya masa kauorang terima kasut tu balik, kauorang patut reject kasut tu, biar babi tu mereput dengan kasut tu sebab kasut tu dah dikira sebagai damaged goods dan mana boleh jual damaged goods, damaged goods kena buang terus dan aku tahu sebab aku pernah kerja dekat kedai pakaian tapi nasib baik jugalah diaorang inform aku dulu, diaorang tak hantar kasut tu terus, kalau tak, aku dapat kasut tu lepas tu aku nak kena hantar kasut tu balik pula.

    Diaorang tanya aku nak ke tak kasut tu and of course, I said no. So, sekarang, aku kena tunggu untuk refund pula dan aku kena tunggu untuk kasut tu balik tapi kali ni, aku dah tahu yang aku nak kasut warna hitam tu, aku tak nak kasut warna ungu tu. Satu - satunya harapan aku sekarang, aku kena tunggu orang return kasut tu dekat SSENSE dan aku harap kali ni, kasut tu tak damaged. Aku tak tahulah diaorang akan display balik ke tak kasut tu dekat official website Versace dan Farfetch.

PS Aku malas nak upload gambar - gambar yang diaorang hantar dekat aku tapi kasut tu warna ungu tapi dia jadi warna kelabu sebab setan tu dah pakai kasut tu, dia bukan setakat cuba kasut tu.