27 August 2022

Foundation Course Days: Interview

    Sebelum aku mula cerita pasal hari - hari foundation course aku, aku nak bagi tahu sikit background foundation course aku. Aku buat foundation course in TESL dekat UiTM. Batch aku beberapa tahun sebelum semua foundation course kumpul dekat UiTM Dengkil. Masa tu, foundation course in TESL ada dekat tiga campus; UiTM Shah Alam, UiTM Alor Gajah dan UiTM Kuantan. Aku dapat salah satu campus ni (aku tak nak bagi tahu for the sake of my anonymity tapi aku akan drop hints). Aku dengar semua foundation course kumpul dekat UiTM Dengkil mulai dengan batch tahun 2015/2016 (diaorang belajar satu semester dekat tiga campus tu, satu semester dekat UiTM Dengkil). Kauorang yang dapat UiTM Dengkil beruntung sebab campus kauorang relatively new berbanding tiga campus yang aku sebut tu so facilities dia pun relatively new dan kauorang tak perlu deal dengan diploma students ke apa sebab dulu kitaorang kena campur dengan diaorang and some of them tak faham jadual kitaorang so ada yang tak puas hati.

    So, aku dapat lima A dalam SPM (aku ambil sembilan subjects) dan masa tu, requirement nak buat foundation course in TESL tiga A saja (aku dengar sekarang lima A so ada batchmates aku yang tak qualified kalau diaorang nak buat foundation course in TESL sekarang). Ramai schoolmates aku masuk matrik dan aku memang tak nak masuk matrik sebab satu, aku tak nak jumpa schoolmates aku lagi sebab diaorang buli aku, dua, aku tak minat semua course yang ada dekat matrik dan tiga, aku tak minat suasana matrik yang macam sekolah dan aku benci sekolah. Don't take it personally, this is just my opinion. So, aku tak apply untuk matrik dan aku tak ingat apa aku apply dekat UPU tapi aku rasa aku letak foundation course in TESL dekat UITM atas sekalilah. Mula - mula, aku tak tahu pun apa tu TESL, aku cuma tahu apa tu foundation course sebab dua orang abang aku buat foundation course in law dan entah macam mana, lepas tu, aku baru tahu TESL stands for Teaching English as a Second Language.

    Sejak aku budak lagi, aku minat English. Aku pun tak tahu kenapa tapi aku sendiri ambil initiative dan belajar pasal grammar,  pronunciation and all that dekat Internet. Satu - satunya subject dekat sekolah yang aku selalu dapat A, English tapi benda ni juga salah satu benda yang buat schoolmates aku buli aku sebab aku bukan datang daripada family yang senang. Yes, mindset diaorang, anak orang kaya saja boleh cakap English tapi dari dulu lagi, kalau orang oppose aku, aku lagi buat benda tu. Also, sebab aku tak ada ramai kawan dekat sekolah, aku buat kawan dekat Internet. Aku ada kawan dari US, UK, France, Germany, Netherlands, Italy, Russia, Saudi Arabia, Egypt, Israel dan South Korea tapi kebanyakan dah lost contact. Aku bukan tak nak buat kawan dengan orang Melayu tapi kebanyakan orang Melayu tak nak kawan dengan aku sebab diaorang pandang rupa dan masa tu, aku tak pandai bersiap lagi.

    Ada seorang schoolmate aku ni (dulu aku rapat dengan dia tapi makin lama aku berkawan dengan dia, makin terkeluar perangai buruk dia) dapat tahu aku tak apply untuk matrik dan dia kata dekat aku, 'bodoh. Kau takkan boleh hidup tanpa aku.' Bila dia kata macam tu dekat aku, aku lagilah tak nak masuk matrik. Lepas tu, aku dapat interview untuk foundation course in TESL. Aku pun google lah interview foundation in TESL at UiTM dan aku jumpa satu blog ni. Aku menyampah dengan blogger tu, aku rasa dia gelabah, contact senior (dan muka dia annoying). Bacalah blog dia, dia suka buat teruk, buat terharu ada kawanlah apalah. Aku pernah jumpa dia masa aku buat degree dan dia insecure gila. Dia pernah kata dekat aku, 'kau ni mesti jenis tak ingat nama orang,' padahal dia tak kenal aku pun. Anyway, sekarang, aku dengar candidates kena buat video CV atau résumé sebab COVID-19 tapi dulu, kitaorang kena interviewed physically.

    Interview aku dekat satu campus UiTM ni. Aku tak berapa ingat chronology hari tu tapi yang aku ingat kitaorang sampai awal. Bila aku pergi interview tu, aku terkejut, ada sesetengah candidates tu bersiap, pakai blazer dan aku rasa underdressed. Lepas tu, diaorang cakap sesama diaorang in English dan aku rasa insecure. Masa aku masuk bilik untuk first session in which kitaorang kena jawab soalan grammar, vocabulary, comprehension (aku ingat lagi soalan tu pasal desertification) dan tulis essay (pasal phone kot tak silap aku), aku terkejut semua orang dah mula. Lepas kitaorang siap, kitaorang kena tunggu dekat luar. Aku duduk sebelah mamat ni dan dia pandang rendah dekat aku. Tiba - tiba, ada orang panggil nama aku. Aku pun masuk bilik tu dan ada dua orang interviewer, seorang lelaki dan seorang perempuan. Aku tak berapa ingat apa diaorang tanya aku tapi aku rasa diaorang suruh aku introduce diri aku.

    Lepas tu, diaorang tanya apa hobby aku (aku cakap aku suka membaca, lie, aku tak suka membaca), buku apa aku suka baca (aku cakap aku suka buku the Lovely Bones, lie, aku tak pernah habis baca buku tu), apa pendapat aku pasal PPSMI (aku cakap aku tak ambil tahu sangat pasal berita) dan kenapa diaorang patut ambil aku (aku tak ingat aku cakap apa). Interviewers tu macam impressed dengan aku sebab aku cakap dalam British accent (tips aku, kalau kau nak impress interviewers, belajar accent, grammar, pronunciation dekat YouTube, jangan buat fake accent tapi pada masa yang sama, jangan ikut cakap senior yang insecure yang tak bagi kau cakap dalam American, Australian atau British accent). Masa aku nak keluar dari bilik tu, seorang interviewer tu kata dekat aku sambil senyum, 'I'll see you again,' dan aku boleh rasa yang aku lepas interview tu tapi pada masa yang sama, aku tak nak jadi overconfident tapi aku happy gila.

    I had a sheepish grin in my face dan semua orang pandang aku. Mamat yang pandang rendah dekat aku tu tanya aku apa soalan diaorang tanya aku dan aku tak ingat apa aku kata. Lepas tu, aku ada ambil gambar sikit dekat situ dan aku masih ada gambar - gambar tu. Lepas interview tu, aku jadi takut. What if aku tak lepas interview tu? Apa aku nak buat? Takkan aku nak ambil STPM dekat sekolah aku dan jumpa some of my schoolmates dan cikgu - cikgu aku balik? Aku boleh dengar diaorang gelak dekat aku, sorak padan muka dekat aku. Kalau aku nak ambil diploma, diploma apa yang aku nak ambil? Aku tak ada option lain. Foundation course in TESL tulah satu - satunya harapan aku. Allah saja tahu betapa takutnya aku masa tu.