22 August 2022

Bad Days, Bad Weeks, Bad Months, Bad Years

    Aku baru habis tengok filem Better Days. Aku jarang tengok filem Asia sebab selalunya filem Asia ni cringeworthy (tapi aku suka filem Yasmin Ahmad dan Laskar Pelangi) tapi ada someone recommend filem ni dekat aku a long time ago. Aku suka filem ni dan walaupun execution dia messy sikit, there's something romantic and bittersweet about it. Aku bayang aku jadi Chen Nian dan lelaki yang aku jumpa dekat IKEA tu jadi Xiao Bei, we don't have to have it all, we just have to be together.

    Anyway, beberapa hari lepas, aku dapat idea nak cari kawan dekat Habbo. Aku selalu main Habbo masa aku dekat sekolah dulu dan dekat situlah, aku jumpa Sam. Aku tak ingat kali terakhir aku main Habbo tapi aku rasa aku dah tak main Habbo bertahun - tahun dan yang aku ingat kali terakhir aku main Habbo, ada ramai budak sekolah rendah so aku stop.

    Aku pun buatlah account. As I expected, tak ada siapa layan aku sebab hampir semua orang dah ada geng so aku buat second account dan aku sembang dengan diri - sendiri (ni cara paling senang nak buat kawan sebab nanti ada orang nak join the conversation). Malam pertama, tak ada siapa nak join tapi malam kedua, ada orang join, orang UK dan diaorang okay but honestly, at the moment, aku tak rasa nak buat kawan orang putih, aku nak buat kawan orang Melayu. Also, aku tak selesa dengan belief dan lifestyle diaorang.

    Malam ketiga, ada orang join, orang Melayu dan diaorang pun okay tapi makin lama aku lepak dengan diaorang, makin tak berkenan aku dengan diaorang. Macam - macamlah benda yang diaorang buat yang buat aku tak berkenan dengan diaorang tapi salah satunya, bila diaorang cerita pasal pengalaman diaorang, aku tak permain diaorang tapi bila aku cerita pasal pengalaman aku, diaorang permain aku. Kauorang tak pernah lalui apa yang aku lalui, kauorang bolehlah buat lawak tapi kalau kauorang lalui apa yang aku lalui, aku jamin kauorang tak boleh buat lawak.

    Bagi aku, sebab tulah kauorang belajar dekat kolej komuniti dan kauorang main Habbo. Sorry kalau ada siapa - siapa terasa dengan statement aku ni but in my experience, orang yang belajar dekat kolej komuniti ni dan orang yang main Habbo ni ada poor mindset. Aku tak kata semua macam tu tapi kebanyakan yang aku jumpa macam tu. Buang masa aku saja.

    Anyway, aku dah dapat lesen L tapi ujian seterusnya 06/11. Yes, bulan 9 dan 10 dah penuh dan ada kemungkinan besar aku nak kena masuk office bulan 10 ni. Aku telefon, tanya, boleh tak awalkan ujian tu dan soalan aku tak dijawab pun tapi dibalas dengan perli so aku terus letak telefon, tak nak bagi peluang dekat dia nak perli aku lagi. Aku pun tak tahulah nak jadi apa dan macam mana, aku boleh dapat lesen memandu ke tak.

     Anyway, hari ni, ada something terjadi tapi aku malas nak cakap pasal benda tu tapi benda tu buat aku rasa sedih bila aku kenang nasib aku. Aku dah lalui banyak banyak benda, aku kena buli dekat sekolah, dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, bukan dengan schoolmates saja tapi dengan cikgu sekali. Lepas foundation course, aku tak dapat course untuk degree yang aku nak so aku quit dan kerja. Masa aku kerja, aku dapat supervisor yang asyik cari kesalahan aku so aku quit dan aku menganggur bertahun - tahun. Aku bukan tak cari kerja lain, aku cari tapi banyak kerja nak kawan diaorang.

    Masa aku menganggur, orang buat dan kata macam - macam dekat aku sampai aku rasa macam hidup aku akan berakhir dekat sini so bila akhirnya aku dapat juga kerja lepas bertahun - tahun aku tunggu, aku syok sangat masa tu sebab aku ingat hidup aku akan jadi lebih baik lepas tu tapi hidup aku masih macam dulu, aku dikelilingi dengan orang yang fake, yang bagi tahu aku diaorang ambil berat pasal aku tapi diaorang tak tanya pun pasal khabar aku. Bila aku sembang dengan diaorang, diaorang asyik cerita pasal diri diaorang.

    Aku tak faham. Kenapa orang macam Shorty yang layan orang lain macam sampah boleh dapat boyfriend (mungkinlah dia tak ada standards so yang buruk pun dia ambil) tapi aku yang layan orang lain dengan baik ni nak dapat kawan pun payah? Adakah orang tertarik dengan orang jahat? Adakah orang suka kena abused macam lagu Sweet Dreams - Eurythmics tu? 'Some of them want to be abused.' Entahlah. Aku menyampah dengan orang. Orang layan kau dengan baik, kau tak nak, kau nak juga orang macam Shorty yang bukan elok pun, muka skema tapi jual kangkang.

     Bila ada seorang kawan aku ni bagi tahu dia dah beli rumah, aku rasa happy untuk dia tapi pada masa yang sama, aku rasa sedih untuk diri aku. Rumah dia rumah apartment, harga antara RM400,000 sampai RM500,000, tiga bilik tidur, dua bilik air dan ada facilities macam swimming pool dan convenience shop. Rumah dia cantik sangat. Aku pun nak rumah macam tu. Kalau aku ada rumah macam tu, aku nak buat satu bilik tu jadi walk-in closet aku. Aku nak wardrobe dengan pintu kaca untuk display koleksi kasut aku dan aku nak lantai karpet lepas tu aku nak letak vanity untuk bersiap dan air conditioner dan sofa untuk aku tengok koleksi aku, lepak, solat dan tidur dalam bilik tu.

    Aku tahu dia pun dah lalui banyak benda sebelum dia dapat semua ni dan aku harap, satu hari nanti, aku pun dapat semua ni. Aku tak compare hidup aku dengan hidup orang lain sebab aku tahu perjalanan kita lain tapi tipulah kalau aku tak nak duduk satu level dengan kawan aku.

    Satu lagi, aku pun tak tahu kenapa ada orang dengki dengan aku. Nak kata aku elok, mungkinlah aku ada rupa tapi aku kecil dan pendek. Nak kata aku pandai dan popular, aku biasa - biasa saja. Nak kata aku berjaya dan kaya, pun aku biasa - biasa saja. Aku rasa orang insecure ni, akan sentiasa dengki dengan orang, especially dengan orang yang lebih daripada diaorang sebab diaorang tak boleh tengok orang lain lebih daripada diaorang. Teruskan buat cerita pasal aku. Kauorang yang dapat dosa, aku dapat pahala. Lagi satu, kauorang buat cerita pasal aku, hidup kauorang tak ke mana, aku masih membangun.

    OK lah, aku nak pergi main.