23 August 2022

Sorta Pampered

    So, semalam, aku buat keputusan untuk beli beg Fjällräven Kånken totepack in ochre tu dengan duit simpanan aku untuk kasut Versace La Medusa combat boots in black tu lepas mak aku suruh sebab aku memang perlukan beg tote yang baru dan tahan lasak kalau aku kena masuk office nanti. Selama ni, aku selalu pakai beg tote yang abang aku beli dekat Greece dan aku tak tahu dah beberapa lama aku pakai beg tu dan dah berapa kali aku kena jahit beg tu sebab dia terkoyak. Aku ada beli satu beg Zara ni tapi aku tak boleh letak banyak barang dalam beg tu dan aku tak suka beg tu sebab dia flimsy.

    Harga beg Fjällräven yang aku beli tu RM479 which is to me a considerable amount of money for a non-designer and luxury bag so aku cuba cari voucher yang boleh turunkan harga beg tu serendah yang mungkin dan akhirnya aku dapat voucher RM35 so harga beg tu jadi RM444 dan dapat free shipping. Aku beli dekat Zalora dan ya, aku tahu, aku masih ingat yang aku pernah kata aku dah tak nak beli dekat Zalora tapi Zalora lah option yang paling murah berbanding website yang lain. Beg ni lebih mahal berbanding beg yang lain sebab kau boleh convert dia jadi backpack.

    Aku nak beli warna navy tapi warna navy dah tak ada so aku ambil warna ochre.

    Aku bukan saja beli beg ni nak pujuk diri aku lepas insiden baru - baru ni tapi aku rasa terpujuk jugalah lepas aku beli beg ni dan aku ikut cakap mak aku sebab dah beberapa kali aku tak ikut cakap mak aku macam kasut warna ungu tu, something bad happens. Sekarang aku tengah tunggu beg ni sampai, paling awal dia patut sampai hari Isnin minggu depan.

    Anyway, YouTuber kegemaran aku tu buat giveaway sempena dia dapat 100,000 subscribers dan dia nak bagi coin & card holder Louis Vuitton. Aku tak minat dua - dua benda, Louis Vuitton dan small leather goods (SLGs) tapi mak aku suruh join, mak aku kata, kalau tak nak, bagi dekat dia and guess what? Aku tengok dekat website Louis Vuitton, harga coin & card holder tu RM1,850. Coin & card holder saja dah nak dekat RM2,000? Aku pun join lah tapi aku tak tahu nak menang ke tak, aku siap buat multiple accounts, hahaha. Dia akan announce pemenang hari Isnin minggu depan.

PS I'm not a bag person, I'm a shoe person so I don't really care about bags as much as I care about shoes.