25 August 2022

Dead Bedroom

    Aku dah nak tidur tapi sebelum tu, aku ada benda nak cakap sikit.

    So, I've been going to this "dating" website and I just can't find anyone. Bukan aku tak ada jumpa siapa - siapa yang aku minat tapi aku payah nak jumpa orang yang minat aku. Sebelum kau kata, 'hmm, kau tak eloklah tu,' for your information, aku tak tunjuk muka aku. Mungkin sesetengah orang akan macam, 'habis tu, macam mana orang nak kenal kau?' Well, that's exactly why: aku tak nak orang kenal aku. Aku takut kalau aku jumpa someone yang kenal aku lepas tu sebar cerita pasal aku. Aku kena berhati - hati. Dunia ni kecil. Kalau aku chat dengan kau lepas tu kita get along, barulah aku tunjuk muka aku tapi orang sekarang, baru kenal, dah nak jumpa terus.

    Masa dulu aku jumpa Sam (aku jumpa dia dekat Habbo tahun 2010, masa aku dekat sekolah, dia dekat universiti), empat tahun aku tak jumpa dia. Kitaorang cuma sembang dekat Yahoo! Messenger, Facebook dan Skype (kitaorang tahulah rupa masing - masing melalui gambar dan video call). Dia ada bagi number dia dekat aku dan aku mula text dengan dia masa aku buat foundation course. Lepas aku berhenti buat degree, aku baru jumpa dia. Anyway, walaupun aku dah tak ada apa dengan dia tapi aku kagum dia sabar dengan aku. Kalau aku jadi dia, aku tak boleh tahan dengan diri aku sendiri (bila aku ingat balik, aku macam jual mahal pun ada juga, lol).

    Aku dah penat pergi dekat website tu, stay up sampai lewat malam only to be rejected by a bunch of people yang tak ada rupa pun, tidur lewat, bangun lewat and feeling unrested in the day. It takes a toll on your physical, mental, emotional and spiritual well-being. It makes you feel worthless but at the same time, I'm extremely lonely. I just want someone who I can really connect to tapi aku rasa, the only way I'd find someone, is in real life. In my experience, in real life, aku lebih senang jumpa orang yang berminat dengan aku, mungkin sebab diaorang nampak aku secara keseluruhan (which means aku kena turunkan berat badan), you know what I mean?

    Mungkin ada hikmah aku nak kena masuk office bulan sepuluh ni, mungkin finally aku akan jumpa someone, setelah sekian lama, setelah bertahun - tahun, yang akan menghujani tanah yang tandus dan gersang menjadi tanah yang subur dan hijau kembali (metaphors aku, lol). Aku haraplah aku jumpa someone sebab aku dah tak tahan ni, aku mengaku, aku memang dah desperate (tapi tak adalah sampai yang buruk pun aku layan, aku masih ada standards). Aku harap aku akan jumpa lelaki yang aku jumpa dekat IKEA tu (very unlikely) atau someone like him (unlikely) atau someone yang boleh buat hati aku berdegup kencang (unlikely juga, lol).

    OK lah, aku dah nak tidur, goodnight.