Dalam post sebelum ni, aku ada mention yang sesetengah classmates aku pandang rendah dekat aku sebab aku datang dari negeri yang mundur dan miskin dan aku bukan buat cerita sebab aku insecure ke apa, diaorang memang pernah buat tanya aku pasal kewangan keluarga aku dalam nada yang sinis. Well, malam ni, aku nak elaborate sikit pasal tu.
Macam aku kata dalam post sebelum ni, kebanyakan classmates aku bukan anak - anak orang kaya pun, biasa saja, ada beberapa orang saja yang betul - betul anak - anak orang kaya tapi diaorang kerek gila macam diaorang anak - anak jutawan.
First of all, Joe. Awal - awal aku belajar dekat sini, aku okay dengan dia sebab aku ingat dia lawak tapi lama - lama, aku jadi menyampah dengan dia sebab dah beberapa kali dia tanya pasal kewangan keluarga aku dan aku mula rasa macam dia pandang rendah dekat aku.
For your information, kedua - dua mak bapa dia cikgu. Mak aku bagi tahu aku, gaji cikgu lebih kurang RM4,000, tak campur dengan allowance - allowance lain lagi dan mak aku tahu sebab mak aku pun dulu cikgu. So, of course lah kau senang sebab household income kau lebih kurang RM8,000 but let me tell you something, you're not special sebab ramai orang, kedua - kedua mak bapa diaorang pun cikgu.
Dia pernah buat tanya aku, 'kenapa kau dapat full loan PTPTN?' Aku katalah, 'aku pun tak pasti.' Lepas tu, dia balas, 'mesti sebab kau B40.' Excuse me? Macam mana kau tahu aku B40? Sebab aku dapat full loan PTPTN? M40 pun dapat full loan PTPTN lah. Lepas tu, kenapa terus assume aku B40? Kenapa tak assume aku M40? Sebab aku datang dari negeri yang mundur dan miskin? Sedap hati kau saja assume aku B40.
Ada satu hari tu pula, dia buat tanya aku lagi pasal cost braces aku pula sebab dia nampak aku pakai braces. Aku pun bagi tahulah, 'total RM4,500.' Lepas tu, dia balas, 'murahnya. Yang aku tahu selalunya braces RM10,000.' RM4,500 tu murah? Oh, betul lah, kau tak pernah bekerja so kau mana tahu nilai duit. Lepas tu, kalau murah, kenapa kau tak pakai braces? Aku balas balik, 'well, tu tak campur dengan microabrasion, teeth whitening dan veneers lagi. Total lebih kurang RM7,000 jugalah.' Dia cuma kata, 'oh.' Dah tak tahu nak kata apalah tu.
Second of all, Lalat. Dia ni bukan anak orang kaya pun tapi sebab semua abang - abang dan kakak - kakak dia dah bekerja (dia ada ramai adik - beradik), dia jadi senanglah. Dia ni lah yang aku cerita post receipt dia order album satu K-pop band ni dekat WhatsApp status dengan caption, 'aduh, habis RM250.'
Dari awal lagi, aku dah tak berkenan dengan dia sebab banyak benda. Ada satu hari tu, aku dan beberapa orang classmates aku sembang pasal duit BPN dalam group. Lepas tu, dia buat tanya kitaorang, 'kenapa kauorang gelabah sangat?' Kau tak pernah bekerja, kau tak tahulah nilai duit. Aku katalah, 'duit tu hak kita so kita kenalah claim.' Dia balas, 'er, okay.' Aku nak tengok kau nak react macam mana bila kau kena bekerja nanti dan keluarga kau dah tak support kau dan kalau kau meroyan dekat social media, aku akan balas, 'er, okay.'
Third of all, Flo. Dia ni anak orang susah dan aku sebenarnya kesian dekat dia tapi sejak dia buat kerejk dengan aku, aku jadi payah nak rasa kesian dekat dia. Dia ni pun suka menunjuk dekat WhatsApp status macam dia anak orang kaya padahal dia anak orang susah dan aku tahu sebab dia datang dari satu tempat ni dan aku tahu tempat tu.
Awal - awal, aku okay dengan dia tapi lama - lama, dia jadi annoying. Aku pernah bekerja dengan dia beberapa kali dan biasalah, tak semua kita tahu so aku pun tanyalah dalam group. Cara dia balas pertanyaan aku annoying gila, 'kau tak tahu? Macam mana kau tak tahu? Semua orang tahu.' Kalau kau tahu, jawablah tapi tak bagi jawapan pun, setakat perendah aku.
Aku perasan dia jadi macam tu sejak dia berkawan dengan seorang classmate kitaorang ni, Hamzah dan classmate kitaorang tu anak orang kaya. Aku mengaku, Hamzah tu anak orang kaya. Tak salah aku, mak dia surgeon dan kakak dia GP tapi aku menyampah dengan dia sebab dia suka menunjuk in a subtle way macam dia pernah post gambar ayah dia dekat London dekat WhatsApp status dengan caption, 'miss you.' Nampak sangatlah nak tunjuk yang ayah dia dekat London.
Dia adalah post benda lain lagi macam mak dia kenal menteri tapi aku malas nak cerita. Lepas tu, dia pernah tanya dalam group dan aku pun jawablah dan aku boleh rasa dia tak yakin dengan jawapan aku sebab akukan datang dari negeri yang mundur dan miskin.
Anyway, berbalik kepada Flo. Aku rasa bila dia berkawan Hamzah, dia pun rasa macam dia kena pernaik diri dia in order to be on the same level as him. Bagi akulah, kalau kau dah miskin dan kau rendah diri, orang lagi hormat kau daripada kau acah - acah kaya.
Adalah classmates aku yang lain lagi yang suka menunjuk, post gambar dia dekat London dekat WhatsApp status padahal bukan anak orang kaya pun, biasa saja, macam aku katalah, kalau kedua - dua mak bapa kau cikgu, of course lah kau senang. Lepas tu, pandang rendah dekat aku. Well, pandanglah rendah dekat aku pun, I'm still prettier than you all so I win. Lepas tu, aku nak tengok kauorang nak pandang rendah ke tak lagi dekat aku bila kauorang jumpa aku nanti.
Kalau kauorang buat kerek dengan aku tapi kauorang anak - anak orang kaya, aku fahamlah juga tapi ni tak ada substance. Lawaklah sebab aku pernah jumpa orang yang betul - betul anak - anak orang kaya tapi diaorang cool saja, tak gelabah macam kauorang, kauorang nampak peghak sangat.
Also, aku tak dengki langsung dengan kauorang sebab kauorang tak ada apa yang aku nak. Kalau kauorang ada boots Versace dan trainers Balmain tu which I doubt you guys ever will own those shoes, aku dengkilah sebab aku nak kasut - kasut tu.