Okay, sebenarnya, aku nak kena submit satu assignment malam ni tapi aku kena luahkan perasaan aku dulu, kalau tak, aku tak boleh focus.
So, kalau kau baca blog aku, kau akan tahu yang aku dah balik campus minggu lepas. Aku tak nak cerita in detail pasal yang berlaku for the past week tapi aku akan summarise. So, Sabtu minggu lepas, aku, abang ketiga aku dan mak aku bertolak dari rumah mak aku. Malam tu, kitaorang bermalam dekat rumah abang kedua aku. Masa hujung first semester aku dulu, aku duduk dekat rumah abang aku tu dan masa tu, abang aku baru masuk rumah tu so rumah tu kemaslah (dan mungkin sebab aku ada dan aku pengemas, lol). So, lepas lebih kurang dua tahun kemudian, bila aku datang balik rumah tu, aku terkejut rumah tu semak gila. Aku bukanlah nak aibkan abang aku, aku cuma rasa, sayanglah, rumah tu cantik tapi semak. Kalau rumah tu rumah aku, mungkin rumah tu akan nampak macam catalogue IKEA.
Keesokan harinya, kitaorang bertolak ke universiti aku. Aku dah tak berapa ingat aku ada cakap ke tak sebelum ni yang aku ada bad feeling about going back to campus tapi aku tak ada pilihan, so nak tak nak, kena balik juga. Kitaorang sampai situ, aku dah rasa tak sedap hati tapi aku fikir, mungkin sebab aku baru dekat situ so aku kena sesuaikan diri aku dulu and that's gonna take sometime. Beberapa hari aku dekat situ, aku makin biasa dengan tempat tu tapi hati aku masih rasa tak sedap dan makin lama, hati aku makin rasa tak sedap. Sebenarnya, ada benda yang terjadi yang buat aku rasa tak sedap hati tapi aku malas nak cerita, mungkin satu hari nanti aku akan cerita. So, malam tadi, aku minta abang aku dan mak aku (dia tak balik rumah lagi, dia duduk dengan abang aku) datang ambil aku. Adalah drama yang tak perlu jadi pun, abang keempat aku konon - kononnya nak tolong semua orang tapi dia perburuk keadaan. Instead of admitting his fault and apologising like a sane human being, dia serang aku pula. Apa - apa sajalah, aku dah tak nak cakap dengan dia, aku kena focus dekat studies aku.
So, weekend ni, aku balik rumah abang aku balik dan aku plan nak tukar kolej. Aku bukan tak suka kolej tu, aku okay saja, in fact, aku ada jumpa dua orang hot dekat situ, seorang lelaki, seorang perempuan. Yang lelaki tu berjambang, putih dan tinggi dan yang perempuan tu pula muka dia macam Falynn Guobadia dan rambut dia cantik gila, dengan langsing tapi yang lain semua buruk. Aku suka kolej tu sebab walaupun dia buruk gila nak mampus dan scary macam filem seram tapi ada a sense of community dekat situ but sadly, aku rasa aku tak boleh duduk dekat situ for a number of reasons.
It really sucks sebab awal - awal semester lagi, dah jadi macam - macam dan aku takut benda ni akan affect performance aku sebab aku kena deal dengan macam - macam benda. Aku stressed out sangat tapi aku cuba untuk tak break down, aku cuba untuk nampak macam aku okay tapi Allah saja yang tahu macam mana aku rasa. What makes it worse, I feel so alone, I feel like I have no one and I wish I had a significant other who would do anything for me, who would be there for me, drive me, help me, support me, comfort me, take me out and cheer me up. Sepanjang aku dekat situ, tak ada siapa pula tegur aku walaupun aku purposely jalan seorang diri supaya orang lebih senang nak approach aku. Adalah seorang lelaki ni pandang aku (ramai orang pandang aku tapi dia seorang saja yang aku rasa macam berminat dengan aku) tapi masa tu, dia ada dengan kawan - kawan dia, aku ada dengan kawan aku. Also ada beberapa orang jugalah yang type aku tapi diaorang tak pandang aku langsung.
By the way, aku ada terserempak beberapa orang macam Shorty. Kali pertama, masa abang aku bawa aku dan mak aku pergi makan dekat satu restaurant ni. Ada seorang lelaki ni sebiji macam Shorty. Dia jalan dengan seorang lelaki ni dan dia pendek, pakai spek dan kulit sawo matang tapi dia tak perasan aku kot. Kali kedua, masa abang aku bawa aku dan mak aku pergi satu shopping centre ni. Aku tengah jalan dan tiba - tiba, ada seorang lelaki ni berdiri depan aku dan dia pun sebiji macam Shorty tapi aku tak nampak sangat muka dia sebab dia pakai mask tapi dia pun pendek, pakai spek dan kulit sawo matang. Aku tak tahu kenapa dia pandang aku lama - lama lepas tu dia belah. Adakah tu Shorty? Aku pun tak tahulah. Aku ada mesej dia, ajak jumpa tapi aku tak tahulah dia akan balas ke tak dan kalau dia balas pun, tak tahulah dia nak ke tak jumpa aku. Campus aku ni dekat sangat dengan rumah dia so I feel like we're so close but so far away. Kalau aku ada dia, mungkinlah aku tak rasa lonely sangat dekat sini.
Okay lah, aku nak kena solat dan tidur. Esok aku nak kena bangun awal sebab aku nak kena balik campus. O Allah, my Lord, please forgive me, guide me, lead me, lend me Your strength, love me, protect me, save me and watch over me.