12 October 2022

Poser

    Siang tadi, aku sambung pack barang aku. Currently, aku dah pack lima beg dan aku mungkin akan perlukan satu atau dua beg lagi tapi aku akan tinggal setengah barang aku dekat rumah abang aku sebab aku akan tumpang dekat bilik classmate aku sampai inshallah, aku dapat bilik aku sendiri so aku tak naklah bawa banyak barang sangat.

    Waktu Maghrib tadi, aku keluar kejap dengan mak aku dan abang aku, beli groceries dan barang keperluan aku. Okay, aku nak cerita sikit pasal ni. Kitaorang pergi Tesco. Masa aku nak ambil trolley, aku dah perasan seorang perempuan ni. She's very Gen Z, pakai lipstick merah, sweater kembang dan seluar kembang. Dia termenung tengah jalan dan bila aku ambil trolley, dia cepat - cepat belah. Lepas tu, aku terserempak dengan dia lagi. Dia buat macam she was minding her own business, membeli - belah sambil menyanyi lagu bahasa Inggeris. Nak jadi cerita, aku terserempak lagi dengan dia tapi kali ni, dengan kakak dia pula. Yang aku menyampahnya, diaorang nampak aku, diaorang terus buat sembang dalam bahasa Inggeris kuat - kuat supaya aku boleh dengar diaorang, supaya aku tahu diaorang boleh cakap bahasa Inggeris, supaya aku impressed dengan diaorang.

    'WHAT ARE YOU LOOKING FOR?

    'I'M LOOKING FOR CONDENSED MILK.'

    'OH, WHICH ONE DO YOU LIKE?

    'I'M NOT SURE. F&N? DAIRY CHAMP? CARNATION?'

    'MM, WHAT DO YOU WANT TO DO WITH IT?'

    'I WANT TO DRINK COFFEE WITH IT.'

    Aku belah cepat - cepat sebab aku menyampah. Okay, nampak macam akulah yang problem, akulah yang dengki, akulah yang busuk hati dan mungkinlah orang akan kata, 'mungkin diaorang memang selalu cakap dalam bahasa Inggeris kot,' tapi, aku benci poser and I know one when I see one sebab dah banyak kali aku jumpa poser. Diaorang suka buat cakap dalam bahasa Inggeris kuat - kuat supaya semua orang dengar diaorang, supaya semua orang tahu diaorang boleh cakap dalam bahasa Inggeris, supaya semua orang impressed dengan diaorang tapi aku tahu diaorang poser because they don't sound natural. Kalau betul lah diaorang memang selalu cakap dalam bahasa Inggeris, they wouldn't sound forced. Aku pernah makan sebelah orang putih dan diaorang tak ada pula cakap kuat - kuat, biasa saja. The conclusion is, dua ekor perempuan gemuk pakai spek ni poser dan probably single, desperate dan tak ada life. Dahlah datang Tesco saja pun dah bersiap macam nak pergi consert, tak padan dengan fesyen hauk, muka buruk, ada hati nak acah - acah macam baru balik dari luar negara.

    Anyway, esok, aku nak potong kuku dan jumpa dentist aku sebab wire braces aku asyik cucuk pipi aku dan lusa, aku nak bercukur dan basuh kain. By the way, aku dah dapat tarikh dan masa untuk ujian jalanraya untuk lesen memandu aku dan alhamdulillah, semua masa cuti semester nanti so aku tak perlu risau nak kena ulang - alik dari universiti aku ke rumah aku kecuali untuk appointment braces akulah.

    Tadi, masa aku keluar kejap, jalan dalam halaman rumah aku, ambil udara malam, aku terfikir betapa banyaknya halangan yang aku nak kena lalui sebelum aku boleh dapat boots Versace atau trainers Balmain tu. Kalau aku dapat salah satu kasut tu, aku nak jerit kuat - kuat, 'aku ada kasut Versace/Balmain!' Hahaha, aku bukan nak jadi ujub walaupun aku tak rasa ramai orang ada kasut Versace atau Balmain dekat sini, aku cuma nak luah segala ketidakpuasan hati aku dengan orang yang dulu pandang rendah dekat aku dan akhirnya, I get to prove them wrong.

    Back to the topic, hidup aku selalu macam tu. Sebelum aku dapat kesenangan, aku kena lalui kesusahan dulu dan tu pun tak guarantee aku akan dapat kesenangan lepas tu. Most of the time, aku kena lalui kesusahan over and over again sebelum aku dapat kesenangan. Aku tahu bukan hidup aku seorang saja macam tu, hidup orang lain pun macam tu juga dan aku percaya, Allah Maha Adil, Dia bagi ujian lain - lain dekat orang tapi level kesusahan sama.

    Okay lah, aku nak kena get ready nak tidur. Goodnight.

PS Aku contact customer service ASOS lagi hari ni dan dia suruh aku tunggu sampai hari Jumaat ni pula. Nasib baiklah customer service representative tu baik, kalau tak, aku dah maki - hamun.