Langit malam ni agak cantik, bulan pun agak cerah, boleh nampak bintang - bintang dan awan - awan lepas tu malam ni tak panas sangat, tak sejuk sangat. Kalau Nasrul ada dekat sini, aku dah lepak lama - lama dekat luar, sembang berjam - jam pasal macam - macam benda tapi aku tak berani lepak lama - lama dekat luar seorang diri sebab ada penagih dadah dekat taman ni.
Sedar tak sedar, aku dah tulis 200+ posts dalam blog ni sejak September tahun lepas sampai October tahun ni. Aku tak pasti aku pernah cakap ke tak sebelum ni tapi aku buat blog ni sebab aku nak luahkan perasaan aku without consequences dan aku namakan blog ni Rumah Teres Tepi Pantai sebab masa aku buat foundation course dulu, aku selalu pergi rumah mak cik aku masa hujung minggu.
Petang - petang, sepupu aku akan bawa aku pergi ke satu pantai ni dan pantai tu tersembunyi sikit berbanding pantai - pantai lain. Antara semua pantai dekat situ, pantai tu paling cantik sekali dan aku suka pantai tu. Dekat pantai tu juga, ada beberapa deretan bangunan dan aku ingat tu rumah teres tapi rupa - rupanya tu tempat penginapan. Aku selalu bayang aku duduk dekat situ dengan Sam.
Anyway, harapan aku buat blog ni, kalau ada orang baca blog ni dan diaorang lalui benda yang sama aku lalui, diaorang tak rasa alone sangat. Payah nak jumpa blog yang jujur dan raw, kebanyakan blog fake (sebab tak nak kena cancelled) dan macam sampah (sebab nak dapat view). Kalau ada pun, dah tak active. So, kalau ada siapa nak buat blog juga, just write what you wanna write, just don't reveal your and other people's identities.
By the way, walaupun aku nak masa jadi perlahan sebab aku tak nak balik campus, aku nak fast forward to masa autumn/winter sale nanti Aku jadi gementar sebab aku tak tahu apa nak jadi. Adakah boots Versace tu akan ada balik? If so, dia akan ada ke dalam saiz aku? Adakah harga trainers Balmain tu akan turun? If so, berapa banyak dia akan turun? Yang paling penting, adakah penantian aku akan jadi berbaloi atau sia - sia saja?
Aku dah penat menunggu. Aku rasa macam lama gila nak sampai pertengahan dan hujung bulan depan. Lepas tu, entah apa yang aku kena hadapi sebelum aku sampai situ. Kalau boleh, aku naklah beli salah satu kasut tu sebelum aku balik campus, aku boleh enjoy dulu tapi tulah, aku selalu kena lalui kesusahan dulu sebelum aku boleh dapat kesenangan. Apa pun, aku cuma harap, aku akan dapat salah satu kasut tu sebab aku nak sangat ada sepasang kasut designer.