11 October 2022

Sayu

    Semalam, sebelum aku tidur, tiba - tiba, aku rasa macam nak tengok confession page universiti aku dan aku terkejut ada gambar classmate aku dekat page tu dengan caption, 'berhati - hati ye dengan dia ni.' Well, memang ada cerita - cerita yang tak menyenangkan pun pasal dia ni tapi aku tak sangka ada orang akan sampai put dia on blast macam tu. Aku tak tahu dia tahu ke tak pasal ni. Bukan dia seorang saja yang kena put on blast, ramai orang lain kena macam tu juga. Aku harap tak ada siapalah akan put aku on blast, malu wei. I mean, kalau orang yang kena put on blast tu jahat, tak apalah but I swear, aku tak ada buat salah dengan siapa - siapa, orang yang buat salah dengan aku adalah. Aku bukan nak acah - acah maksum ke apa sebab kalau aku ada buat salah, aku akan mengaku dan minta maaf.

    Anyway, dari confession page tulah, aku baru tahu dark side universiti aku. I mean, aku memang dah tahu dark side universiti aku but I didn't know it's worse than I thought. Aku malas nak cakap pasal ni but all I can say is, benda ni lagi buat aku berat hati nak balik sebab aku nak kena hadap orang bodoh dan jahat. By the way, aku ada jumpa satu gambar first-year students tengah go through minggu orientasi dekat universiti aku sekarang dekat confession page tu dan dalam gambar tu, ada seorang lelaki ni, muka dia somehow mengingatkan aku pasal lelaki yang aku jumpa dekat IKEA beberapa tahun lepas. Aku tak tahulah kalau tu dia sebab aku pun dah tak ingat muka lelaki tu tapi benda ni buat aku fikir, macam mana aku nak tahu tu dia bila aku jumpa dia? Aku takut aku terserempak dengan dia tapi aku tak ingat dia.

    Siang tadi, aku pack barang aku sebab family aku asyik tanya aku bila aku nak pack barang aku, hahaha. Aku dah pack tiga beg dan aku rasa aku perlu dua beg lagi. Speaking of which, I wish I had a Rimowa suitcase. Satu pun jadilah. Ye, aku tahu, aku boleh saja beli suitcase murah but I just wanna have a stylish suitcase sebab aku fikir, kalau aku bersiap, aku perlulah suitcase yang stylish, betul tak? Hahaha. Just joking. Aku bukanlah tak bersyukur, I take what I get and I don't care about a luxury suitcase. I wouldn't mind if someone would like to buy it for me though, benda baik jangan ditolak, hahaha.

    Aku ada beli satu check shirt Uniqlo dan satu T-shirt Uniqlo sebab masa aku pergi Uniqlo tiga hari lepas, aku nampak check shirt tu and I was like, I need to get that shirt to complete my check shirt collection. Check shirt tu warna biru dan aku dah ada check shirt warna merah, pink, kuning dan hijau. Aku beli T-shirt tu pula sebab nak dapat free shipping. Mula - mula, aku dah nak beli satu T-shirt ada gambar Doraemon ni tapi lepas tu, aku nampak T-shirt tu. Dia ada gambar the Great Wave off Kanagawa dan aku suka lukisan tu so I was like, I need to get that T-shirt. Yes, aku cakap aku dah tak nak keluarkan duit and trust me, kalau boleh, aku memang dah tak nak keluarkan duit pun but they're too good to pass up. Aku tak tahulah parcel aku akan sampai ke tak sebelum aku balik campus tapi aku harap dia sampailah sebab aku nak pakai dua - dua baju tu.

    Pasal parcel ASOS tu pula, dia memang takkan sampai sebelum aku balik campus. Aku contact courier yang sepatutnya hantar parcel tu, diaorang bagi tahu aku, diaorang tak dapat pun parcel tu lagi daripada ASOS. Aku contact ASOS pula, diaorang suruh aku tunggu sampai 12/10 lepas tu aku baru buat report. This is whack. Aku tahu shipping ASOS perlahan, kadang - kadang dia ambil masa sampai dua minggu tapi kali terakhir aku order dekat ASOS, dia ambil masa seminggu saja dan sebelum ni, tak pernah lagi jadi macam ni. Nasib baiklah aku tak plan nak pakai dua - dua baju tu lagi tapi aku masih risau pasal parcel tu sebab duit tetap duit.

    Keluar topic kejap tapi aku nak cakap pasal nikmat yang orang jarang cakap: berak dan tandas. Dia satu nikmat ye bila kau berak lawas. Perut kau rasa macam kena flush, kosong dan bersih dan kau boleh buat apa - apa saja. Nikmat seterusnya, tak ada siapa dekat rumah dan kau boleh berak sepuas - puasnya. Kau tak perlu malu orang dengar kau buat pelaburan dalam tandas. Lepas tu, tandas yang besar, bersih dan cerah. I swear to God, it feels so different bila kau melabur dalam tandas yang besar, bersih, cerah dan wangi berbanding tandas yang kecil, kotor, gelap dan busuk. Kau rasa puas. Sebab tulah aku sangat memilih when it comes to toilet dan aku sanggup tahan berak daripada berak dekat tandas yang kecil, kotor, gelap dan busuk dan berak dekat tandas yang besar, bersih, cerah dan wangi, aku rasa tak puas, unless aku dah tak boleh tahanlah so aku terpaksalah sebab aku dah tak ada pilihan.

    Back to the topic, tadi, macam biasalah, aku keluar kejap, jalan dalam halaman rumah aku, ambil udara malam. Malam ni, awan banyak tapi bulan cerah so tak buka lampu pun boleh nampak. Dari rumah aku, boleh nampak lampu stadium dan lampu jalan. Ada asap berkepul - kepul datang dari stadium tu dan aku rasa diaorang ada buat macam bazaar kot dekat situ, IDK. Cucu - cucu jiran aku pula main mercun bawang dekat luar rumah. Entahlah tapi aku rasa sayu pasal nak tinggal tempat ni. Dulu, aku teringin nak tinggal tempat ni dan aku memang nak tinggal tempat ni pun tapi aku sebenarnya rasa sayu sebab nak tinggal family aku, especially mak aku. Aku takut sangat something bad would happen to them, especially her while I'm not here. I wish I could take them with me. Aku cuba tak nak jadi stressed out sangat sebab tengoklah, dah naik seketul jerawat dekat muka aku but I can't help it. I really wish Nasrul was here and he'd hold my hands and tell me everything's gonna alright. Ya Allah, aku tahu solatku compang - camping tapi tolonglah hambaMu ini.

    Okay lah, aku dah nak tidur. Goodnight.