Okay, aku dah nak tidur sebab aku mengantuk dan aku ada kelas esok pagi tapi nasib baiklah kelas tu mula pukul 10 pagi dan kelas tu online. Anyway, aku ada benda nak cakap sikit sebelum aku tidur.
So, aku tak rasa aku akan jumpa Tally langsung minggu ni sebab esok dah Jumaat dan macam aku pernah bagi tahu sebelum ni, dia selalunya balik rumah hari Jumaat. It's very, meruntun jiwa, you know? So, nampaknya, aku kena spend another weekend without him dan aku kena tunggu sampai minggu depan pula. Tu pun aku tak tahulah dia akan balik ke tak, dengan kitaorang akan bercuti sampai hari Selasa.
I've decided not to go home this Christmas sebab aku rasa tak berbaloi balik rumah, cuti beberapa hari saja. Plus, aku ada banyak kerja nak buat dan kalau aku balik rumah, ada terlalu banyak distraction. Also, aku nak kena balik 07/01 sebab aku ada braces appointment. Aku mengidam sambal telur mak aku. Aku boleh rasa dalam mulut aku. Aku tak sabar nak balik rumah, jumpa mak aku dan makan sambal telur.
Back to Tally, hari ni ada beberapa orang annoy aku tapi aku malas nak cakap pasal diaorang, aku nak cakap pasal Tally. Kan aku ada buat account Linkedin sebab aku nak connect dengan dia, aku connect dengan acquaintances aku masa aku dekat university dan sekolah dulu, tak nak bagi nampak macam aku buat account tu semata - mata nak connect dengan dia padahal that's the whole point aku buat Linkedin.
Aku terkejut ada sesetengah tu connect dengan aku balik padahal diaorang hot, dah bekerja. Aku tak tahulah diaorang masih ingat aku ke diaorang connect saja dengan siapa - siapa pun atau nanti diaorang disconnect tapi aku terharu. Thank you siapa yang sudi connect dengan aku walaupun aku cuma student, aku tak ada kerja and it's been a long time since we last met. You have no idea how much it means to me.
Anyway, I don't know if Tally's gone for ever or if he'd ever come back. For some reason, aku ada rasa macam dia dah takkan balik lagi tapi aku belum give up lagi, aku masih berharap even though makin hari, harapan tu makin pudar. Aku pun tak tahu kalau ada something happened yang buat dia tak balik and if so, what is it? I'll probably never know. Aku cuma harap, he's okay and we'll reunite, eventually/