So, semalamkan aku cakap aku nak sambung cari Tally dekat Internet tapi aku tak jadi sebab aku keluar dengan classmates aku, kitaorang pergi basuh kain sambil makan malam lepas tu kitaorang buat kerja sikit dekat study room. Mula - mula, aku agak annoyed sebab aku habis banyak duit dalam sehari tapi lepas tu, aku okay sikit. I'm still annoyed though. Anyway, kitaorang balik lewat jugalah, kitaorang balik nak dekat pukul 3. Aku gosok gigi, solat lepas tu aku tidur.
So, hari ni, aku bangun lewat. Nasib baiklah weekend. Kalau weekdays? Mampuslah. Aku bangun, aku terus sambung cari Tally dekat Internet. Okay, aku tak ada high expectations pun sebab satu, aku jumpa name list batch dia by accident dan dia ada ramai batchmates lelaki so aku pun tak tahu dia yang mana satu, dua, it depends on dia traceable ke tak dekat Internet dan kalau tak ada lead, aku tak boleh buat apa dan tiga, aku pun tak tahulah dia tipu aku ke tak pasal course dia dan dia tahun berapa.
Aku pun carilah dan makin lama, aku makin hilang harapan sebab aku tak jumpa - jumpa dia. Ada yang tak boleh cari langsung, ada yang boleh trace dan muka macam dia sebab aku tak berapa ingat muka dia so aku tak pasti tu dia ke orang lain dan ada yang boleh trace dan muka lain so it's definitely not him. Aku buat name list dan setiap kali aku cari dan tu bukan dia, aku cross nama tu. Kalau aku tak boleh cari langsung atau aku boleh cari dan muka macam dia, aku letak remark unsure.
Lepas tu, aku sampai satu nama ni. It's a peculiar name, it rhymes with Tsar, I've never come across anyone with this name tapi aku tak fikir apa pun. Aku cari dan tak ada result. Aku dah ready nak move on to the next name tapi entah kenapa, aku tergerak untuk check sekali lagi. Aku buang bin dalam nama dia. Kali ni, ada result dan salah satu result tu Linkedin account. Aku buka result tu. Ada gambar. Nasib baik gambar tu kualiti elok so aku boleh tengok. Aku tengok sekali, aku kena tengok sekali lagi.
It's him. I immediately knew it's him. Now I've remembered that face, that hair. Aku tengok dia punya biodata dia. Yep, it's him. Allah saja yang tahu perasaan aku masa tu. Aku rasa macam nak menangis, menjerit, melompat. Lepas tu, salah satu result tu YouTube channel dia. Nasib baik ada video. Dia buat presentation, dia tak tunjuk muka tapi boleh dengar suara dia and I know that voice. It's definitely him. Aku check nama - nama lain juga, just in case and nope, they're not him.
Gambar dia, dia ambil dekat London so aku rasa dia ni anak orang kaya. Nasib baik dia tak pakai pelik - pelik bila pergi luar negara macam sesetengah orang Malaysia. Aku ada jumpa satu Facebook account ni under nama dia dan ada gambar dekat London juga tapi aku tak tahulah whether it's him or someone else but the bigger question is, what do I do now? Patutkah aku pun buat account Linkedin dan add dia tapi tak pelik ke? Kalau Instagram, tak apalah juga.
Aku pun tak tahulah. Aku rasa aku akan minta pendapat kawan aku, Duck sebab dia sensible dan aku akan tunggu sampai next week, tengok Tally balik ke tak. Kalau dia tak balik juga, I need to find another way. Entahlah tapi aku rasa macam benda ni buat aku lebih selesa nak cakap dengan dia sebab aku dah kenal dia sikit, aku dah tahu nama dia tapi kalau aku jumpa dia, aku akan buat tanya nama dialah sebab peliklah aku dah tahu nama dia. I hope he'll come back eventually.
PS He didn't lie!