08 December 2022

Kepentingan Ada Kawan Dekat University

    So, malam ni malam terakhir aku dekat sini sebab aku dah nak balik campus malam esok. Aku tak rasa sedih sangat, aku lebih rasa penat sebab aku nak kena adjust balik bila aku balik sana and adjusting is draining. On top of that, aku ada banyak gila nak mampus kerja nak kena siapkan sebelum midsemester break habis dan aku tak sampai hujung semester lagi. Thank God hari Isnin minggu depan cuti so aku ada extra sehari nak buat kerja. Entahlah tapi aku rasa macam all over the place. Aku ada terlalu banyak benda nak keep up and it's hard not to lose track.

    Anyway, sebelum aku tidur, aku nak bagi nasihat dekat siapa - siapa yang baru nak masuk university atau tengah belajar dekat university sebab aku rasa orang jarang cakap pasal benda ni and that is betapa pentingnya ada kawan dekat university.

    First of all, sebelum aku cakap pasal kepentingan ada kawan dekat university, let's clear up something that's related to what I'm gonna talk about, okay? Ramai orang suka claim yang diaorang introvert. Kalau kau google maksud sebenar introvert, dia tak bermaksud orang yang pendiam, pemalu dan suka menyendiri, dia bermakusd orang yang recharge through solitude, meaning, diaorang tak ada masalah nak keluar, lepak dan berparti tapi lepas tu diaorang perlukan me-time.

    So, ramai orang salah concept sebenarnya dan aku rasa orang yang suka claim yang diaorang introvert lepas tu perasan bagus, macam diaorang different, special dan unique ni sebenarnya guna alasan yang diaorang "introvert" untuk tak nak work on their poor social skills because it's easier to blame everyone else, including the nature than to take responsibility for yourself, right?

    My point is, walaupun most of the time dekat university, kau kena jadi independent tapi ada masa kau perlukan kawan - kawan juga. Bila kau takut, kau boleh tumpang tidur dekat bilik kawan kau. Bila kau urgently perlu pergi somewhere, kau boleh tumpang kereta kawan kau. Bila kau homesick dan lonely, kau boleh sembang dengan kawan kau.

    Mungkinlah apa yang aku cakap bunyi macam aku suruh kau pergunakan kawan - kawan kau tapi apa yang aku cuba sampaikan, we need one another. No man is an island. Kita tak boleh hidup tanpa orang lain. So, tak perlulah duduk claim yang kau introvert (also, it's annoying dan benda macam ni buat orang tak nak berkawan dengan kau). Ada ke Islam suruh kita untuk menyendiri? No, Islam suruh kita untuk bergaul.

    So, tolonglah, bila kau masuk university, go out, buat kawan and create memories, bukan terperuk dalam bilik, main game atau tengok drama Korea. Kau mungkin tak setuju dengan aku sekarang but when the time comes, you'll see what I mean.

    Okay lah, aku dah mengantuk dan aku nak tidur sebab aku nak kena bangun awal esok sebab aku ada banyak benda nak buat.

PS Although I'm most probably an ambivert because sometimes I like to hang out, other times I like to be alone but I don't put label on myself because I don't wanna limit myself.