05 December 2022

Have You Ever Seen Paddy Field Under the Moonlight?

    Sebenarnya, aku tak berapa ada mood nak tulis malam ni sebab beberapa benda tapi aku nak luahkan perasaan aku.

    First of all, keyboard laptop aku tak boleh diselamatkan dan kena order yang baru tapi ambil masa dua minggu. Aku dah nak balik campus malam Khamis ni so aku beli keyboard USB lepas tu aku disable keyboard laptop aku sebab dia dah jadi gila, dia asyik type sendiri. Aku tak tahulah aku disable dia berkesan ke tak tapi aku harap berkesanlah sebab aku nak kena guna laptop ni untuk buat kerja.

    Also, aku mula rasa macam aku perlu beli laptop baru sebab dah beberapa kali aku dapat sign yang aku patut beli laptop yang baru.

    Second of all, aku tak berapa sihat. Tekak aku rasa tak sedap sejak aku naik bas malam tu. Aku tak tahulah kenapa tapi aku rasa macam sebab aku pakai mask malam tu dan mask selalu buat tekak aku kering dan aku harap bukan COVID lah sebab aku ada banyak kerja nak buat.

    Third of all, aku asyik fikir yang aku takkan jumpa Tally lagi lepas ni dan benda ni buat aku jadi tak senang duduk. Aku just nak balik campus walaupun kemungkinan besar Tally takkan balik campus sampai hari Selasa minggu depan sebab dia selalu balik campus hari Selasa.

     By the way, kan aku pernah bagi tahu yang muka Tally macam muka Shorty. Tiba - tiba, aku takut dia adik Shorty sebab Shorty ada tiga adik kot. So, aku investigate sikit, aku masuk Facebook Shorty and thank God, aku rasa diaorang tak related sebab muka adik Shorty tak macam muka Tally.

     Anyway, fourth of all, aku bergaduh dengan family aku. Bukan salah aku ye, salah family aku, aku innocent 100%. Entahlah tapi aku rasa macam kawan - kawan aku boleh respect aku tapi family aku sendiri tak respect aku. Aku jadi tak syok duduk sini dan aku tak sabar nak balik campus walaupun dekat campus pun ada macam - macam ujian tapi at least kalau aku tak suka someone, aku tak perlu duduk sebumbung dengan orang tu.

     Fifth of all, aku rasa Nick perguna aku malam tu. Aku rasa dia lonely and he had no one to talk to dan kebetulan pula mungkin aku seorang saja yang available malam tu sebab ever since that night, dia dah tak balas mesej aku. Asshole. Betul lah cakap Duck, he's not a good guy.

    You get what you give. Kau perguna aku, nanti orang lain perguna kau balik. Masa tu, kau rasalah apa yang aku rasa. Lepas tu, jangan cari aku balik sebab aku takkan layan kau lagi dan aku harap marriage kau miserable because you're trash so you deserve it.

    Sixth of all, aku dah jarang fikir pasal lelaki yang aku jumpa dekat IKEA beberapa tahun lepas tu sejak aku jumpa Tally. Aku bukan dah tak harap langsung aku akan jumpa dia lagi tapi makin lama, aku makin rasa tipis sangat peluang aku nak jumpa dia lagi. Kalau aku jumpa dia lagi pun, aku probably takkan ingat dia dan dia pun takkan ingat aku.

    Okay lah, aku nak gosok gigi, solat lepas tu tidur sebab aku tak bermaya hari ni.