So, dalam post sebelum ni, aku ada cakap dah beberapa kali aku dapat sign yang aku patut beli laptop baru sebab laptop aku ni (laptop abang aku sebenarnya) dah agak nazak. Contohnya, on button dia pun aku kena picit barulah laptop ni hidup dan sekarang, keyboard dia pula dah tak berfungsi.
Kali terakhir aku beli laptop (mak aku yang belikan sebenarnya sebagai hadiah untuk aku dapat 7A1B dalam PMR, masa tu bukan PT3 lagi) tahun 2009. Lama gila aku pakai laptop tu dan lama gila laptop tu hidup walaupun jadi macam - macam. Aku pakai laptop tu sampai tahun 2020 sebab laptop tu tak boleh connect dengan Internet dan aku nak kena buat kerja so aku exchange dengan abang aku.
Semalam, aku saja survey laptop—laptop HP Pavilion to be exact sebab aku memang dah lama nak laptop tu tapi aku tak ada niat nak beli pun sebab aku tahu harga dia mahal. Harga model yang aku nak tu, Pavilion 15, RM3,999 (Intel i7, Windows 11, 15 inches display, NVIDIA GeForce MX, 512 GB SSD dan 8 GB RAM). Bagi orang yang bukan pakar computer tapi tahu macam tu saja macam aku, okay lah sebab aku bukan nak main game sangat pun, aku lebih nak buat kerja walaupun capacity dia kecil.
Dekat official website HP, boleh bayar dalam installment 12 bulan tapi kena guna credit card Maybank atau Public Bank saja. Aku tak baca terms & conditions so aku cuba bayar guna debit card aku so of course lah the transaction didn't go through lepas tu aku baru baca dan aku rasa kecewa jugalah sebab aku rasa macam this laptop is the one for me tapi aku masih belum give up.
Aku saja google model yang aku nak tu and lo and behold, ada dekat website Harvey Norman tapi aku masih tak convinced sebab aku tak tahu boleh ke tak guna credit card mak aku. Dekat website Harvey Norman, boleh bayar dalam installment 12, 24 atau 36 bulan dan boleh guna macam - macam credit card. Aku tanya mak aku dulu dan mak aku pun okay so aku pun cubalah bayar.
Alhamdulillah, the transaction went through dan aku tak boleh percaya, aku rasa macam aku dalam mimpi but like I've said before, I'll only believe it when I see it. Selagi laptop tu tak sampai lagi, aku tak nak dah syok because we'll never know what's gonna happen but I hope for the best.
Now, the problem is, keluarga aku nak pergi umrah, tinggal dua orang abang aku tapi seorang tu kerja, seorang lagi tu aku tak tahu nak buat apa dan aku pula dah nak balik campus malam Khamis ni so aku takut bila laptop tu sampai, tak ada siapa dekat rumah dan aku tak tahu bila laptop tu nak sampai. Aku harap sangat abang - abang aku ada dekat rumah bila laptop tu sampai.
By the way, yes, aku akan balik campus malam Khamis ni. Aku tak excited sangat pun sebab aku tahu Tally takkan balik lagi sampai hari Selasa minggu depan, kalau dia baliklah sebab aku tak tahu dia nak balik ke tak dan aku ada banyak kerja. Tu tak termasuk lagi dengan benda - benda lain.
Anyway, semalam, aku ada chat dengan seorang lelaki ni. Aku tak nak bagi tahu umur dia tapi dia lebih banyak muda daripada aku dan kalau Shorty tahu pasal ni, dia mesti gelak dekat aku sebab aku chat dengan orang yang lebih banyak muda daripada aku. Aku rasa macam loser sangat.
Yes, I admit it, I'm desperate but I'm not that desperate to the point where I've got no standards. If I'm not attracted to someone, I'm not gonna settle down with that person and to be completely honest, I'm not attracted to this guy so I'm not settling down with him.
PS Laptop tu dah sold out dekat official website HP.

